My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Putus Harap

Renungangan bersama🙂

Copy Paste daripada status fb Ustaz Prof. Madya Dr. Mohammad Kamil bin Abdul Majid.

Petang ini akan mengajar lagi hadith mengenai IHSAN dalam ibadat.

Seolah-olah kamu nampak ALLAH, jika tidak sampai tahap itu,

sekurang2, merasakan ALLAH nampak kita.

Bagaimana ketika Qiyam dalam sembahyang timbul RASA HINA DIRI berdepan denganNYA.

Ketika TAKBIR pula timbul rasa penyerahan diri sepenuh kepadaNYA.

Rukuk pula penuh merendah diri dan khuduk (ketundukkan kepada Allah)

Sujud pula dengan penuh khusyuk.

Gemar dan suka hati ketika duduk di antara dua sujud.

Rindu dendam kepada ALLAH ketika duduk sambil membaca tahiyyat.

Sesungguhnya SEMBAHYANG itu ada lah Nur.

____________________________

Ketika diri sedang menghadapi ujian dari pelbagai bentuk seperti kesihatan, kewangan, keintiman dan sebagainya.. Kita akan lebih cepat mudah berputus harap kerana memang terasa Allah tidak menyayangi kita berbanding dengan hambaNya yang lain.

Semestinya kita terasa begitu kerana orang yang dibandingkan itu kedudukannya lebih baik dan lebih tinggi daripada kita. Jika melihat kedudukan orang yang lebih rendah, nescaya kita akan lebih rasa bersyukur dan timbul keinsafan jauh disudut hati.. Secara automatik, perasaan putus harap itu akan beransur-ansur pergi..

Solat, adalah nur.. Jika tidak solat, terasa satu nikmat ‘feel’ untuk mengadu telah hilang.. Namun, itu adalah anugerah Allah kepada perempuan untuk ‘beristirehat’ maka cara yang lain adalah dengan mendengar bacaan suci Al-Quran dan mengambil inisiatif dari pembacaan blog Universiti – Mki -Dewan Kuliah Zaini Arif – membaca al-Fatihah sebelum memulakan ‘perbualan’ dengan Rabb. Terbukti berkesan untuk menghilangkan perasaan tidak-tidak akibat ujian yang menyebabkan kita rasa tertekan – impaknya mencari kesalahan orang yang terhampir!

Syukur, walaupun dalam hati ingin rasa marah-marah kepada anje ketika menguruskan stress, ingin bengkeng dengan mujahid musleh. Namun kuasa diam itu lebih bagus. Diam dan fikir – Muhasabah& istighfar = tidaklah melukakan perasaan pasangan kita dan tidaklah terjadi pergaduhan. Tang muka kelat isteri terpaksalah anje buat-buat tak nampak. hihihihi😉

Sering berpesan pada anje, jika daku tengah marah, anje mestilah lebih cool begitu juga sebaliknya.. Kalau anje turut join sekali, alamat mujahid muslehlah jadi mangsa! Kami pun akan bergaduh.. Tak suka keadaan begitu. Umur pun dah 3series, kahwin pun dah 7 tahun – Penat kalau masih terusan bergaduh..

Untuk tika ini, daku berdoa selepas ujian ini dapat diatasi dengan jayanya – sabar&solat, semoga anugerah indah dan hikmah akan muncul dengan warna-warni pelangi.. Bila? ianya tidak tahu tapi PASTI akan hadir🙂

Jadi, sabar dan solat!

Usaha dan doa!

Tawakal dan Redha!

Yakin dan berserah pada Allah!

Syurga menantimu, dunia tempat diuji..

Allah, rahmatilah kami..
Jauhkan kami dari perasaan putus harap dan putus asa..
Nikmat mana yang kami ingin dustakan?

20130319-004031.jpg

Meriah rumah ketika mereka sihat🙂

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: