My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Ahmad Afkaar Wafi

Melihat Ahmad Afkaar terketik sana terketik sini, aktif ke sana sini, ummi tersangat puas hati..
Oh, leganya rasa hati apabila beban dan kerisauan yang dipikul hilang🙂
Malah tersenyum lebar dan ketawa sendirian🙂
Ummi seusahanya tak nak komplen lagi keaktifan Ahmad Afkaar..
Cukuplah enam hari tengok dia terbaring, tak bermaya nak bergerak. Nak angkat tangan sendiri pun tak mampu, nak tepis tangan walid yang jolok tekak nak keluarkan kahak pun tiada daya – hanya pasrah diri diperlakukan..

Air mata kesedihan terembes juga apabila melihat Ahmad Afkaar tidak memberi respon panggilan ummi, menyusu pun tidak selera dan daya nak menyusu.. Insafnya ummi apabila selalu sebut, Ahmad Afkaar tak reti diamlah.. penat ummi. Apabila keadaanya diam dan reti diam, tak sanggup nak melihat. Cukuplah tempoh enam hari memberi pengajaran yang berguna. Keaktifannya memeriahkan hari ummi ini🙂

20130320-170932.jpg

Demam 40.3c

20130320-171029.jpg

Tidur siang pun berkemban dan berbalut kepala dengan kain basah lencun

20130320-171133.jpg

Makan pun tak nak

20130320-171210.jpg

Alhamdulillah🙂 namun masih dalam pemantauan

20130320-171245.jpg

Ia menggembirakan kami🙂

Syukur atas kesihatan abang yang semakin beransur sihat. Cuma masih selsema dan batuk berkahak- nak kena bagi minum air masak banyak sebab dah tak tahan kena gigit jari walid setiap kali nak jolok tekak abang bagi muntah kahak..

__________________________
Nota: Esok puasa nazar🙂
Alhamdulillah..

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: