My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Demam

Mengalir air mata melihat Ahmad Afkaar Wafi yang kebiasaanya sangat aktif berlari kesana-sini, hari ini terbaring di atas katil kelesuan seperti tiada tenaga langsung akibat demam. Sekali sekala, Aaminah akan menjenguk adiknya di dalam bilik, memanggil nama Afkaar seolah-olah rindu kerana tiada siapa yang mengacau ketika dia sedang bermain di ruang tamu. Kebiasaanya Afkaar pasti akan berebut mainan dengannya dan akhirnya menimbulkan “pertelingkahan” antara adik beradik. Keadaan rumah menjadi sedikit hambar seperti ada sesuatu yang kurang dalam setiap perlakuan.

Saya juga tidak menyangka suhu demam Ahmad Afkaar boleh mencecah sehingga 40.3, yang saya rasa amat bahaya bagi kanak-kanak kecil seusia Afkaar. Kami membawanya ke klinik di Subang Perdana. Selain diberikan ubat, doktor juga memberi tips baru untuk kami dalam menangani anak demam iaitu dengan kerap memandikan tanpa dilap selepas dimandikan apabila suhu badannya panas. Setelah pulang kerumah, sejam sekali kami memandikannya dan Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t, demamnya beransur kurang menjelang petang.

Keesokan harinya, demam Afkaar beransur pulih.

Selain kami belajar tips baru dalam menangani anak demam, kami juga belajar daripada keadaan ini agar di masa akan datang, cubalah jangan merungut apabila anak-anak terlalu aktif tidak reti duduk diam kerana ujian yang sedikit ini pun kami tidak sanggup hadapi, bagaimana pula sekiranya Allah s.w.t tarik semula nikmat memiliki anak-anak yang comel ini, Nauzubillahiminzalik…

20130323-071301.jpg

Pahlawan Jawa Kami😉

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: