My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Lupa

Hari ini sewaktu menghantar isteri ke sekolah, boleh pula saya terlupa memasuki satu simpang yang biasa dilalui setiap hari sehingga menyebabkan terpaksa berpatah balik. Adakah disebabkan umur sudah masuk ke usia 30 an, menyebabkan daya ingatan saya semakin merosot. Atau terlalu memikirkan perkara-perkara yang dirasakan “penting” sehingga menyebabkan saya terlupa akan perkara-perkara yang lain yang dianggap “tidak penting”. Mungkin ada kebenarannya kerana isteri selalu menyatakan saya sering terlupa perkara yang dianggap remeh-temeh, apabila sesuatu di dengar, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri kerana ia dianggap tidak penting.

Salah satu perkara yang saya sering terlupa adalah nama-nama orang. Apabila bertemu dengan sepupu di kampung, saya puas untuk mengingati nama mereka sehingga isteri pula yang menerangkan kembali nama-nama mereka. Begitu juga satu peristiwa ketika kunjungan mak ke rumah pada minggu lepas ketika dalam berbual-bual, mak memberitahu pada minggu hadapan anak sipolan akan berkahwin dan saya mula terpingga-pingga sambil berbisik di dalam hati, “anak si polan manalah pula ni?”. Bukan saya tidak pernah cuba untuk mengingati nama-nama beberapa insan yang saya kenal terutama dari kalangan sanak-saudara, namun seperti kata isteri masuk telinga keluar telinga kanan.

Namun, kelemahan ini pula menjadi satu kelebihan yang ada pada isteri. Dia boleh mengingati dengan mudah setiap nama orang yang beliau kenal termasuklah nama kawan-kawannya ketika di sekolah rendah satu persatu. Bukan sahaja melibatkan tentang nama, harga-harga barang di pasar raya pun dia boleh ingat ketika membuat perbandingan di pasar raya yang lain. Pernah satu peristiwa, ketika mahu membeli sepaket Milo 2kg di pasaraya Tesco, sempat lagi dia menyatakan kepada saya setiap harga Milo tersebut di Giant dan Speedmart yang kedua-duanya lebih mahal berbanding Tesco. Maka, pilihan membeli tentulah di Pasaraya Tesco.

Ada orang berkata bahawa apabila umur semakin meningkat, maka daya ingatan juga akan semakin berkurang. Risau juga, kerana lagi seminggu umur akan memasuki 30 an, sekarang pun banyak nama-nama orang dikenali sudah terlupa, akan datang makin teruk, agakan saya.

Sebut tentang umur 30an, ada beberapa perkara memberi kesan di dalam hati. Antaranya persoalan-persoalan walaupun umur sudah mencecah 30 an, kenapa amal ibadah masih lagi sama ketika umur 20 an sedangkan kematian itu semakin menghampiri. Walaupun umur sudah mencecah 30 an, kenapa kewangan masih lagi berada di takuk yang rendah sedangkan keperluannya semakin meningkat dari sudut pendidkan anak-anak dan taraf hidup yang semakin tinggi. Dan walaupun umur sudah mencecah 30an, kenapa pemikiran dan emosi masih lagi sama ketika mur 20 an, terlalu mengikut perasaan dalam membuat sebarang keputusan.

Adakah setiap perkara tersebut akan kekal sehingga usia mencecah umur 40 an pula. Masanya semakin suntuk, semoga Allah s.w.t sentiasa memberi kekuatan.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: