My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Rumah Idaman

1) Ss19 Subang Jaya

20130326-001150.jpg

Rumah ini menjadi idaman kami kerana buka pintu rumah terus nampak masjid.. 5-10 langkah aje sudah sampai masjid.. Seronoknyalah kan🙂
Namun harganya RM 2 700 000, menjadikan rumah idaman sekadar impian ajaib yang sukar jadi kenyataan..

2) Desa Subang Permai

20130326-001525.jpg

Berada dalam komuniti melayu, berdekatan dengan masjid namun kena menaiki kenderaan. Harga boleh dipertimbangan lagi sekiranya kami suami isteri bekerja kerajaan+hasil jualan rumah kami sekarang. RM 550 000 mahal juga kerana rumah ini adalah lease hold.

3) Meru

20130326-001834.jpg

Cantik.. Jauh dari bandar membuatkan anje kurang bersetuju memandangkan kami telah memilih SJKC Lick Hung untuk persekolahan rendah mujahid musleh kami. Rasa suasana kampung dan rasa seronok apabila anak-anak sudah berkeluarga mahu pulang ke kampung, bukanlah pulang ke bandar!🙂 RM350 000, bolehlah.. Sesuai dengan kawasannya yang luas serta ada tanah untuk ditanam segala jenis pokok idaman hati.. Mujahid musleh pun suka dan ada aktiviti berkebun🙂
Berdekatan dengan masjid namun kena menaiki kenderaan juga..

4) Taman Desa Melor, Rawang

20130326-002616.jpg

Begitu juga dengan kediaman yang ini.. Jauh dari bandar walaupun pada dasarnya bukanlah kami kerap ke bandar pun.. hihihi.. RM 260 000, lease hold.. ni kalau buat loan gomen sorang pun confirm lulus🙂 Dekat dengan surau tapi tak tahulah boleh berjalan kaki atau tidak sebab cuma tengok kat mudah.com aje.

____________________________

Kesemuanya rumah idaman kami adalah bunglow kecil tanah lot dan bdekatan dengan masjid/surau yang meriah dengan majlis ilmu. Umur sudah 30 tahun, pandangan hidup pun mulalah ada perbezaan. Jika dulu beli rumah, asal ada rumah tanpa mengambil kira faktor sekeliling, sekarang ianya sudah berbeza.

Begitu juga dengan pandangan dan keselesaan pasangan kita. Jika kita suka suasana kampung, belum tentu lagi pasangan kita sama citarasanya. Seeloknya ikut yang mana lebih keperluan keluarga kita- sekolah, tempat kerja, kedekatan perjalanan pulang ke kampung🙂 dan sebagainya.

Anggaran kami, dalam tempoh setahun selepas kami menjual rumah kami ini, kami akan menyewa flat tingkat bawah yang pastinya (jenuh taw naik tingkat 12 time mula-mula kahwin dulu bila lif rosak, bila time puncak-orang pergi&balik kerja, dan nak buang sampah-rasa macam nak campak dari tingkat 12 ke bawah😉 serta baru balik shopping tiap bulan) atau duduk rumah teres. Kawasan ni memang mahal menyewa, rumah flat pun rm800 sama dengan rumah teres dua tingkat! Alang-alang, baik beli cash flat, tahun depan jual lagi, hihihi.. Kena tanya big boss lah😉

Ada sorang kawan tu very inspire me-nak beli rumah cash. Kami nak juga beli cash, namun tidaklah berkemampuan. Cuma, kami fikir- bayar muka tinggi, jadi pinjaman bulanan rendah. Ada juga kawan yang buat perjanjian jual-beli dengan owner sewa-beli. Yang ini pun very inspire me! Indahnya hidupkan tanpa hutang🙂

Bagaiman pula rumah idaman anda?🙂

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: