My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

The croods

Cuti sekolah seminggu tiada plan menarik dirancang untuk anak-anak memandangkan bajet pun ciput dan ada perkara lain yang perlu diselesaikan. Namun, apabila melihat anak terperap sahaja di rumah, kesian pula dan hari ini kami membawa anak ke tgv cinema Aeon Bukit Raja, menonton filem animasi terbaru The Croods. Ini adalah kali kedua mereka berkunjung ke panggung wayang dalam masa setahun. Kali pertama adalah ketika Afkaar berumur 3bulan dan sekarang setelah setahun berlalu, saya mula memikirkan tentang apa “kerenah” Afkaar ketika di dalam panggung wayang memandangkan hobinya yang tidak reti duduk diam, mungkin dia akan sedikit kebosanan dan tidak mahu duduk setempat sahaja.

Membeli tiket seawal pagi, booking internet sahaja. Dewasa : Rm9 * dua orang dan satu tiket kanak-kanak untuk Khadiijah berharga Rm9 juga. Booking fees pula Rm1, maka semuanya Rm 27. Waktu yang dipilih pula adalah jam 8.00 malam, masa yang dirasakan paling sesuai. Ada jurang setengah jam dengan waktu maghrib, maka tidaklah akan tergesa-gesa dalam menunaikan solat.

Walaupun Jusco Bukit Raja jaraknya lebih dekat dengan rumah kami, rasanya inilah kali terakhir kami ke TGV di sini kerana suasana di TGV Sunway Pyramid lebih best dari sudut kebesaran panggung wayang, audio dan yang paling utama adalah kerusinya tidak seempuk seperti di TGV Sunway Pyramid walaupun harga tiketnya sama sahaja.

Namun, rasa tidak best tersebut menjadi hilang apabila filem yang ditonton adalah sangat best.:-) The Croods….

Kelihatan Khadiijah sangat teruja menonton filem ini, begitu juga dengan Aaminah Wafi walaupun rasanya tidak 100% jalan cerita difahami memandangkan usianya yang masih kecil. Ahmad Afkaar pula “diumpan” dengan popcorn yang menyebabkan dia duduk diam sepanjang 1jam 30 minit di dalam wayang sambil matanya bulat memandang ke screen cinema.

Entahlah bilalah lagi rasanya kami akan berkesempatan kembali lagi ke panggung wayang. Mungkin cuti sekolah bulan lima nanti sekiranya ada cerita animasi yang best, namun kali ini saya dan isteri lebih teruja untuk ke Golden Screen Cinema pula, mahu merasai apa pula yang lebihnya di GSC berbanding TGV.

270320132950

270320132951

270320132952

Single Post Navigation

One thought on “The croods

  1. rambut adq dah cam rambut kak long

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: