My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Seminggu Bercuti

Cuti persekolahan akan berakhir.. Ummi dan kak long akan bersekolah semula.. Oh, kami berdua terasa liat untuk ke sekolah.. Bukan ke mana-mana pun cuti ini tapi duduk melepak bersama famili adalah perkara yang menggembirakan..

Meriahnya tengok percutian kawan-kawan di Facebook.. Mesti lebih bersemangat untuk terus bekerja. Yang daku ini, asyik nak berhenti kerja sahaja. Tiada beban kerja di fikiran jika kita tidak terikat dengan komitmen. Lagi bertambah semangat apabila ada juga kawan yang berhenti kerja menceritakan keterujaan menjadi surirumah.. Semoga masanya akan tiba juga- Surirumah in my target🙂

Esok, rutin hari bekerja akan bermula seperti biasa.. Esok juga akan bermulanya bulan April. Untuk tempoh tiga bulan-Januari, Februari dan Mac, kami melalui dengan tabah dan sabar segala susah senang bersama-sama. Mujahid musleh juga begitu, harap mereka memahami dan sangatlah bersabar akan tempoh-tempoh kesukaran ummi&walidnya..

Esoknya, kami berdoa akan terus beristiqamah untuk menunaikan solat di Masjid. Kami berdoa agar tempoh kesukaran ini adalah pemangkin kepada jayanya kami menjadi jutawan akhirat, Amin🙂

20130331-204146.jpg

Persiapan untuk hari esok🙂

___________________________

Nota: Semoga Ahmad Afkaar yang sedang demam ini akan sihat secepatnya..
Ya Allah, peliharalah mereka dalam rahmat kasih sayang-Mu🙂 Amin..

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: