My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Pom pom

How to make pom pom?

1)

20130407-235630.jpg

Kumpul sebanyak mungkin plastik – kami guna plastik pampers dan roti

2)

20130407-235748.jpg

Bahagi dua sama rata, potong bahagian yang tidak diperlukan agar ia menjadi sekata segiempat tepat, kemudian potong seperti atas

20130407-235936.jpg

Plastik roti biar nampak cantik

3)

20130408-000028.jpg

Lilit sehingga habis plastik – penat sampai berpeluh nak bagi ia ketat.. tambah ketat, ikat dengan getah anggaran 4 plastik lilitan

4)

20130408-000212.jpg

20130408-000225.jpg

Kemaskan lilitan plastik pada kayu

image

Siap

image

Kak long suka🙂

Kenapa ye nak buat pom-pom?

Tadika Sarjana Comel akan mengadakan sport day with campaign go go green. Jadi kena guna barangan terpakai untuk buat pom pom. Ikut malas memanglah malas, rasa nak beli aje apatah lagi hari tu terpandang pompom kat Daiso. Juga memang nak upah adik manis cikgu kat sekolah yang masih bujang untuk buatkan tapi memikirkan pasti kegembiraan kak long berganda bila dia sendiri buat bersama-sama walid dan ummi and tak lupa juga wafies the gang okeh..

Serabut dan sangatlah serabut.. Geram sebab sibuk kita buat pompom, sibuk juga adik dan abang nak berpompom.. sorang pijak dan seret – abang – sorang lagi nak menggunting dan asyik tanya mana guntingnya – adik.. Sungguhlah buat benda renyah ini bersama mujahid musleh mengharukan suasana! Bila dah siap satu, nak siapkan lagi satu – bercinta! Tadika pula nak sepasang..

Akhirnya bila siap, leganya.. itu belum kira yang dah siap tiba-tiba tercabut bila dipompomkan sangat.. Dahlah kena buka ikatan dan buat semula. Esok, pompom ini akan diserah pada teacher kak long – Ms Helen.

Hakikatnya, apabila melihat kak long happy a pair of pompom sudah ada ditangannya, hilang penat lelah. Walid sangat memainkan peranan. Of course ummi terkejut sebab ia adalah idea walid setelah google dan beryoutube. Terima kasih anje🙂 Ummi tukang cari plastik pampers terpakai – bertanya pada anak murid dan rakan guru di sekolah manalah tahu ada yang dah nak habis pampers. Pampers adik dan abang pun dapatlah tiga beg🙂

Kenapa pakai plastik pampers?

Mula nak pakai suratkhabar bagai yang dinotakan oleh message book kak long.. Suratkhabar+ kertas kilat yang dibeli= nampak cantik dan berkilat sikit. Tapi macam tak tahan lama aje bila melihat kak long yang suka menghayun kuat pompom dicampur dengan excitednya dia ditengah padang, rasanya tak tahan guna kertas. Fikir punya fikir – plastik pamperslah🙂 Maka siaplah pompom berpampers🙂

Trylah buat untuk anak-anak🙂

__________________________
Nota: Hari ni genap setahun kami berwordpress – Syukur Alhamdulillah🙂
::**::**:: Selamat hari lahir Abdulhadi Nazir, semoga sentiasa bahagia dengan insan-insan kesayangan. Semoga doa yang baik dimakbulkan olehNya, Amin.. ::**::**::
Amacam ida? Hadi bertambah seksi tak? hahahaha😉

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: