My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

19 April 2013

19 April 2013 adalah tarikh hari lahir anak kedua kami, Aaminah Adriana Wafi. Walaupun ianya merupakan ulang tahun ke-3, tetapi saya merasakan Adik Aaminah still lagi macam baby tidak sepadan dengan umurnya. Pertamanya kerana susuk tubuhnya yang kecil berbeza sama sekali dengan susuk Khadiijah Wafi ketika berumur 3 tahun. Kedua, semestinya perangainya yang sangat manja, percakapannya yang masih pelat dan hobinya yang sangat suka menangis apabila ada sesuatu yang tidak kena di hati.

Itulah Adik Aaminah.

Buat masa ini, tiada lagi pelajaran formal yang di ajar kepadanya. Walaupun pada satu ketika, saya telah mendisiplinkannya dengan membaca iqra’ dan buku Peter And Jane setiap kali menjelang waktu maghrib, namun kelama-lamaan rutin tersebut ditangguhkan kerana tidak sampai hati asyik memarahinya sahaja ketika keadaan itu berlangsung. Belajar sambil bermain-main dan tidak memberi tumpuan menyebabkan tiga bulan membaca iqra di muka yang sama sahaja sedangkan si kakaknya telahpun memasuki buku iqra tiga dalam tempoh yang sama.

Itulah Adik Aaminah.

Buat masa ini, aktiviti hariannya adalah bermain dan bermain. Bangun sekitar pukul 6 pagi, dimandikan, kemudian mengikut saya menghantar isteri dan Khadiijah Wafi ke sekolah. Tidur di dalam kereta, dan bangun sekitar pukul 10 pagi di rumah, dimandikan sekali lagi dan kemudiannya memulakan aktiviti bermain. Sekitar pukul 12 tengahari akan menaiki kereta semula menjemput Khadiijah Wafi dan isteri. Rakan karibnya semestinya Afkaar Wafi. Walaupun sering bergaduh, berebut mainan, mungkin kerana sudah tiada pilihan, tiada sesiapa lagi dirumah sewaktu hari persekolahan, mereka menjadi kamcing. Namun, pantang si abang ada melakukan sedikit kesalahan, adik Aaminah akan segera melaporkan perkara tersebut kepada saya dengan gaya percakapan yang beria-ria seolah-olah si abang melakukan satu kesalahan yang sangat besar.

Itulah Adik Aaminah.

Dia adalah seorang yang pembersih. Pantang bajunya sedikit kotor walaupun basah sedikit terkena air masak, adik Aaminah pasti merengek-rengek mahu ditukarkan pakaian. Begitu juga apabila adik mengadu mahu membuang air besar, pakaiannya harus ditanggalkan, kemudian setelah selesai membuang air besar, jangan haraplah dia mahu memakai pakaian tersebut semula. Katanya sudah kotor terkena najis. Begitu juga dalam soal pemilihan baju, sekiranya baju yang disarungkan tidak berkenan hati, wajahnya akan berubah, bermuncung panjang sambil berpeluk tubuh tanda protes.

Itulah Adik Aaminah.

Walaupun Adik Aaminah sangat manja orangnya, namun adik seorang yang mendengar kata. Apabila bermain diluar, memanggil dia pulang kerumah kerana hari sudah jauh petang, dia akan terkedek-kedek berlari masuk kedalam rumah dengan kasut comelnya. Sangat garang dengan kawan-kawan yang sebaya dengannya, berbeza sekali dengan Khadiijah Wafi yang bersifat tolenrasi. Dan yang paling utama, sangat bersifat pemujuk. Marahlah dia dengan sehabis marah sekalipun, akhirnya hati akan menjadi cair dengan pujuk rayuannya.

Itulah Adik Aaminah.

Kini saya berumur 30 tahun dan adik berumur 3 tahun. Ketika Adik mula menjejakkan kaki ke sekolah menengah nanti, saya sudah pun berumur 40 tahun. Ketika adik berumur 23 tahun, saya pula sudah berumur 50 tahun. Adakah ketika itu saya still merasakan adik seperti baby lagi seperti yang dirasakan kini. 10 tahun, 20 tahun, pasti macam-macam peristiwa yang akan berlaku, semoga Adik dan anak-anak yang lain membesar dalam keadaan sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. Amin.

20130430-014605.jpg

Soooo Trueee🙂

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: