My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Party

Esok hari terakhir sekolah dan bermulanya cuti pertengahan tahun. Seperti tahun lepas, TSC akan mengadakan jamuan sekolah dan seperti biasa juga disebabkan birthday Khadiijah Wafi jatuh pada hari berikutnya (24 Mei), maka dia akan menyambutnya bersama kawan-kawan dan teacher di sekolah esok. Kelihatan dia begitu teruja, tidak sabar-sabar untuk menantikan hari esok.

Pulang dari mengambil isteri kerja tengahari ini, kami telah singgah di pasaraya SEGI untuk membeli sedikit makanan ringan untuk diagihkan kepada setiap kawan Khadiijah Wafi esok. Bajet lebih kurang rm70-80, ketika membayar, hanya RM50 lebih sahaja itu termasuk dengan jajan adik Aaminah sekali🙂

Pulang dari pasaraya Segi, bermulalah aktiviti memasukkan barang-barang yang dibeli diagihkan kedalam 20 plastik kecil. Aktiviti yang sepatutnya hanya memerlukan sedikit sahaja masa, menjadi panjang dengan ‘pertolongan’ tiga orang anak kecil ini. Janji anak-anak gembira, itu sudah memadai.

Selepas waktu Asar, kami ke Mydin Subang Jaya pula untuk membeli Kek Khadiijah Wafi di kedai Kek Kings, kek yang telah ‘tempah’ oleh Khadiijah kepada umminya lebih kurang sebulan yang lalu😉 kesempatan tersebut juga, kami gunakan untuk membeli barang-barang dapur di Mydin, belanja punya belanja, habis beratus ringgit juga. Rasanya hampir 80% barang dapur telah dilengkapkan untuk sebulan, nanti cuma tambah sikit-sikit lagi di speedmart.

Tiba di rumah lebih kurang pukul 10 malam dan masing-masing juga sudah keletihan dengan macam-macam aktiviti pada hari ini. Semoga hari esok akan menjadi hari yang gembira bagi Khadiijah Wafi. Happy Birhday Kak Long🙂

20130523-004153.jpg

Goodies Bag untuk kawan di sekolah —> hasil kerjasama

20130523-004302.jpg

Goodies bag kawan sejiran

20130523-004341.jpg

Hadiah hari guru yang disambut bersama dengan party

Gambar kek malas nak snap sebab penjual tu dah plaster banyak. Jenuh nak buka dan tampal semula. Kek itu telah dibelek dan acap kali diingatkan kepada kami yang kak long mahukan kek tersebut. Tiap kali jumpa Kings di Tesco dan Giant, tiap kali inya dibelek dan dipesan sebulan sebelum birthdaynya.. Bayangkanlah! Kadang tu memang naik angin juga😉 Alahai anak punya excited!🙂 hahaha..

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: