My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Cuti

Secara rasminya cuti sekolah pertengahan semester sudah pun bermula. Rancangan dua minggu cuti persekolahan sudah pun dipenuhkan. Minggu pertama cuti, mama akan mengunjungi kami di sini. Apabila mama datang, sudah semestinya akan membawa mama meronda-ronda dan berjalan-jalan sekitar KL. Itulah satu kelebihan apabila menetap di ibu kota, banyak tempat boleh dijadikan pilihan untuk dikunjungi. Masa pula tidak terhad, sebut sahaja pukul berapa sekiranya mahu keluar rumah, 7 pagi, 7 malam, 3 pagi, suasananya sentiasa “hidup” di kawasan bandar.

Kami plan ingin ke De Palma Kuala Selangor selepas mama kembali ke Johor awal. Ada rezeki dan masa, sampailah ke sana. Jika mama balik lewat pun, itu membahagiakan kerana mama bukan selalu datang.

Minggu kedua pula (4-6 Jun), Khadiijah Wafi terlibat dengan “camp holiday” anjuran TSC. Bayarannya tidak mahal, cuma rm60 sahaja tetapi setiap hari ruang waktunya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang sangat menarik. Antara aktiviti yang dilampirkan di borang penyertaan adalah art, motivation dan cooking. Semuanya sudah pasti menjadi keterujaan Khadiijah Wafi.

Selesai sahaja Khadiijah Wafi bercamping, kami akan bergegas pulang ke Segamat meraikan majlis perkahwinan adik ketiga saya. Walaupun majlis yang dirancang tidak diadakan secara besar-besaran, semoga ia memberi memori indah kepada adik ketiga saya ini. Apa yang pasti, majlis secara besar-besaran belum pasti akan menjamin kebahagian sepanjang hayat. Saya cuma menyatakan kepada adik ketiga ini, apa yang paling penting adalah kehidupan selepas berkahwin, cabaran pasti ada dari sudut kewangan dan kesefahaman dan mengikut pengalaman kami, ia bukan mudah untuk dihadapi namun, ia bukan suatu yang mustahil untuk diperolehi.

Cuti sekolah dua minggu ini, terdapat dua cabaran yang perlu dilalui. Pertamanya, adakah kami akan mengekalkan momentum untuk bangun awal setiap pagi, biasanya dalam pukul 5.30 pagi sama seperti hari-hari persekolahan. Dan yang keduanya, bagaimana kami boleh memanfaatkan cuti persekolahan ini untuk memberi lebih lagi tumpuan kepada anak-anak dari sudut pendidikan agama, kasih sayang dan pendidikan yang lain. Tiada lagi alasan penat untuk tidak mengajar Khadiijah Wafi solat dan mengaji. Dan tiada lagi alasan penat untuk meyampaikan extra kasih sayang kepada Aaminah dan Afkaar. Semoga segalanya dipermudahkan.

20130523-231429.jpg

Bersiap pagi tadi ke sekolah 🙂

Advertisements

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: