My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Seminggu Cuti Sekolah bersama Mama

:: Sabtu 250513 ::

Mama sampai lambat kerana bas yang dinaiki bertolak lewat dan rosak di TBS. Kami pergi mengeteh minum air panas dan roti canai terbaik di restoran Mak Uda, Pinggiran Subang.

:: Ahad 260513 ::

Kelas jahitan manik dibatalkan, maka kami pun terus pecut ke Pasar Tani Shah Alam yang memang menjadi feveret mama. Sebelum datang dah pesan mahu ke sini😉 Kami tidak membawa mujahid musleh yang enak dibuai mimpi bersama maminya di rumah.

Selepas zuhur, kami ke Kenanga Wholesale- mama juga mahu ke sini.. katanya manik murah setelah baca di blog-blog manik. Hobi mama sekarang menjahit manik, lagilah mama suka kerana sudah menerima tempahan manik! Hajat nak menjejak kaki di sini tidak kesampaian kerana adik terlajak jalan ke Sunway Piramid. Kami berkonvoi dari arah bbeza – Um&Shah Alam. Makanya kami teruslah ke Sunway Piramid walaupun Kenanga Wholesale sudah berada dihadapan mata. Bergebang di Sunway Piramid sehingga maghrib, kami dinner di Top Seafood Restoran -memang sedap dan terbaik! puashati🙂

Ya, makan besar sehingga mencecah ratus bayarannya.. hihihihi😉

:: Isnin 270513 ::

Menyelesaikan hal biasiswa-Ptptn mimi di Usim seawal 7 pagi telah keluar rumah. Mujahid musleh tinggal bersama bonda dan mami kerana rasanya perjalanan kami akan memenatkan mereka. Setelah itu kami berjalan di Nilai 3. Bayangkan mama membeli karpet idaman, dua karpet diangkut balik belum lagi dengan tikar lipat, baju, kain. Pendek kata, mama shoping sakan😉 Hampir jam tiga petang, baru kami sampai rumah. Oh, rindu my babies!

Malamnya kami bergebang di Plaza Masalam, makan santai meatball dan Nober’s.

:: Selasa 280513 ::

Menghantar segala dokumen biasiswa-ptptn mimi ke PTPTN Damansara. Kemudian kami ke Kenanga Wholesale yang tak jadi pergi tempoh hari. Alhamdulillah, dapat juga manik idaman mama. Survey baju untuk perkahwinan dan raya nanti. Banyaknya baju dan ianya murah jika dibeli banyak pada satu-satu kedai. Ok, ummi dah aim kedai baju adik, abang dan kak long. Memang jimat cuma pilihan baju gaun labuh kak long tak banyak. Ditambah pula dengan permintaan kak long tak nak baju nampak ketiak. Ummi pun dah promise, tahun lepas adalah tahun terakhir beli baju begitu.

Selepas itu, kami ke Bangsar mencari perkakasan belajar mimi sebelum menghantar pulang ke Um. Jam 4 petang, kami sampai di rumah. Oh, my babies again ditinggalkan dengan mami dan bonda.. Sangat merindukan mereka!

Malam, bergebang di Giant Shah Alam🙂

:: Rabu 290513 ::

Jam 6 petang sudah terpacak di One Utama. Kak Long, Mami dan Bonda masuk panggung layan filem kartun Epic.

Nanny, walid, ummi, adik dan abang ‘window shoping’ sekitar One Utama.

Balik dari One Utama, kami singgah untuk mengeteh dan meroti canai🙂

:: Khamis 300513 ::

Keluar rumah selepas Asar menuju ke Aeon Jusco Bukit Raja. Ok, kami cuma makan oseng-oseng ayam yang ciput sebab belum belanja barang dapur. Asyik berjalan sampai dapur pun tak berasap, hihihi😉 makanya memang lapar sangat. Sampai-sampai terus ngap-ngap Nasi Ayam yang agak sedap di Foodcourt Aeon Jusco. Berjalan-jalan cuma tak berapa best sebab sedang dalam renovation Aeon Jusconya. Akhirnya, mama kegembiraan kerana dapat membeli kasut yang disukainya kerana pemakaian kasut tersebut sangat selesa. Mama oh Mama!

Dinner malam mama belanja di Restoran De Buluh, Subang Perdana.

:: Jumaat 310513 ::

Sementara adik dan kak long baru tidur tengahari (tinggal dengan bonda dan mami) abang pula sudah jaga dari lena, maka kami pun bergegas ke sek18 Shah Alam menghantar mama ke kedai manik yang digoogle di tenet. Ok, mama pilih manik agak lama ye😉 Sementara itu, Kami pula ke tempat membeli kereta untuk membayar deposit kereta. Alhamdulillah, pinjaman dah lulus🙂 lagi best jika boleh beli cash🙂

Seterusnya, kami mengambil mimi di Um dan terus ke Midvalley. Mimi belanja makan di Sweet Chat. entahlah, tiap kali datang Midvalley, pasti Sweet Chat jadi pilihan untuk menu santai. Sudah tentu Cendol Durian menjadi pilihan utama🙂 memang pasti order ok..

Sampai rumah, sekitar hampir 10 malam.. Adik dan kak long termasuk juga bonda dan mami merengek manja mahu makan. Jadinya bila ditanya mahu makan apa? dijawabnya serentak “ROTI CANAI SATU!” hihihi🙂 makanya, abang tinggal bersama ibu di rumah, sementara yang lain mengeteh dan meroti canai😉 hahaha🙂

:: Sabtu 010613 ::

Seusai Subuh mahu berjalan kerana Anje telah membeli tiket Bas Hoppers di Groupon dengan harga yang lebih murah berbanding harga biasa. Namun hampa apabila mendapati tiket tersebut telah expired 31 Mei ketika mahu print. Tak ada rezeki dan melayang rm60, huhuhu.

Maka, plan pun dirombak. Kami ke Masjid Jamek meninggalkan mama,adik,atin&mimi untuk mencari barang dan shopping apa yang dipilih. Manakala kami pula terus ke Sogo.

Lama menunggu mereka sampai Sogo, almaklumlah kami tak boleh join memandangkan mujahid musleh dibawa bersama. Kesian jika menapak dari kedai ke kedai dan menunggu. Jam10 pagi di Sogo adalah lama jika hanya menunggu mereka semata. Jadi kami decide untuk membawa mujahid musleh menaiki Star-Putra.

Hajat dihati untuk mandi kolam utama di KLCC, jadi destinasinya adalah KLCC. Apabila sampai, cuaca agak panas dan tidak kelihatan orang mandi di kolam utama. Kami pun cari port yang sesuai untuk berehat sementara menunggu abang yang lena dan mahu tidurkan kak long yang mula meragam kepenatan. Adik masih cergas dan ceria🙂

Kemudin jam 2, kami bertolak ke Sogo untuk join mereka. Masing- masing kepenatan dan lepak di tingkat 7- Customer Service.

Setelah shopping di Sogo, kami pulang melalui deretan pasar malam hari Sabtu yang memang terpanjang di KL. Kekangan tenaga membuatkan kami hanya jalan suku sahaja sebelum mendapatkan kereta yang diparking di sebelah Semua House. Alhamdulillah, selamat sampai rumah pada pukul 6 petang.

Malamnya, kami menikmati ikan pari bakar bersira sambal udang kering serai masakan mama..

Oh, hari yang sangat memenatkan dan riuh!

:: Ahad 020613 ::

Pagi ke Pasar Tani bersama mama kemudian bergegas menghantar mama ke kelas jahitan manik Pepari Design di LEP, Seri Kembangan dari jam 10pagi-7petang.

Malamnya, kami bergebang di Giant Shah Alam.

:: Isnin 030613 ::

Plan dengan mama dan atin mahu menaiki train ke Masjid Jamek dan Star ke Bandaraya untuk ke Sogo dan Pertama Kompleks- Lovely Beads. Medan Mara tengok kedai pengantin sambil menikmati minum petang di Restoran Zaza sebelum ke deretan kedai berhadapan dengan Sogo bersebelahan kedai kasut Princess- Syarikat Bunga Reben. Memandangkan anje ada kerja namun untuk tidak menghampakan mama, kenalah naik train untuk ke sana.

Jadi, cadangnya anje akan menghantar kami bertiga ke putra Kelana Jaya namun anje telah membuat kejutan dengan join sekali kami menapak dari satu kedai ke kedai. Of course terasa sangat macam bercinta sakan, hihihi. Berpimpin tangan tidak dilepas. Mujahid musleh tinggal di rumah bersama mami dan ibu.

Terbuktilah sudah, anjeku menantu yang superb baik dan sporting🙂

Malamnya setelah sampai rumah jam 820 malam, kami makan roti The Loaf&Auntie Anne serta asam pedam ayam🙂 Makan berebut, nikmatnya!

Sangat gembira namun jam 1145 malam, mama dan adik akan pulang ke Johor. Kami menghantar mama dan adik ke Terminal Bas Shah Alam.

Terima kasih mama🙂 sayang mama

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: