7 Tahun Seiring Sejalan
2006-2013
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin.. Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Hari ini adalah ulangtahun ketujuh lafaz ijab kabul kami. 🙂 satu detik yang amat bermakna buat kami. Pada lafaz tersebut, termetrailah satu ikatan janji hati untuk menerima kelemahan pasangan kita. Ia proses yang panjang dan ‘memenatkan’ 😉 Ia umpama satu anugerah cinta yang melengkapkan kehidupan kita. Ia juga adalah AMANAH yang menjamin diri menjadi Jutawan Akhirat. Ianya PASTI BERAT. Oleh itu, kami memohon pada Rabb, agar jodoh ini berkesudahan di Jannah – sakeenah, mawaddah&rahmah di dunia.
_____________________________
2003
Mohd Hairulhazan bin Rosli,
Our Love Story in Universiti Malaya~ 🙂
Mengenali dia sebagai seorang kawan yang baik, sempoi, bersahaja dan ‘pak turut’ – ringan tulang jika bantuan diperlukan. Ketika ini, ia tidak melibatkan sebarang perasaan ‘feeling-feeling’, kami berkawan sahaja. Ia momen yang indah 🙂
Ia juga perasaan berat apabila mahu melepaskan tittle bestfriend menjadi status ‘bakal suami’. Maka perasaan berat itu menjadi benar. Satu aje perkataan yang boleh digambarkan– kehilangan.
Kehilangan kawan yang boleh bercerita apa sahaja yang nak dicerita, kena cover line, kena sopan santun padahal waktu berkawan ‘akulah adalah aku’, ianya memenatkan untuk menjadi perfect. Perkara itu bertahan sekejap sahaja 😉 sorrylah, inilah ‘aku sebenarnya’ suka tak suka, kalau mahu teruskan, tak mahu boleh blah. hihihi
Selepas itu, ianya berjalan seperti biasa. Perangai masing-masing ditunjukkan dengan terang jelas dan nyata 😉 Kalau daku mengaruk, daku marah-marah, daku belebel dan semua yang buruk-buruk pun terkeluar. Perkenalan itu memang memberi gambaran sebenar tentang aku&dia. Si dia jika mengaruk juga begitu tapi tidaklah seteruk angin puting beliungku 😉 hihihi.
Paling terang, daku mengatakan ‘ kalau awak nak kawan hu ha hu ha dengan kita, kita tak berminat. Jika berkawan kerana matlamat mendirikan bait al-moeslem, redhalah jika tiada jodoh setelah berusaha’ 2 bulan kami lost contact- tanpa dapat dijejaki. Dia buat hal dia, daku dengan duniaku. Jarang nampak kat fakulti kerana kelas dan masa yang berbeza. Pada daku, dia tidak serius sementelah katanya mahu berkahwin usia 30 tahun. 😉
___________________________
2013
Kini, apabila terkenang momen itu, daku tersenyum dan sempat mengusik si dia :kalau ikut target dan plan anje, baru tahun ni anje berkahwin! 😉 tapiiiii…. tahun ni anje dah ada tiga orang anak.. kan best kahwin awal 🙂 hahaha 🙂 lagi best kahwin dengan sayang! ceh bajet poyo00 😉
Doa kami, pernikahan ini membawa kami ke syurga – yang pasti – ia usaha berterusan untuk mencapai mardhatillah. Sukar namun bukan tidak boleh – perlukan usaha yang kosisten 🙂
Doa kami, jodoh ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan dibarakahi sehinggalah nafas dipinjam diambil semula Sang Pencipta.
Doa kami, mujahid musleh yang lahir daripada nur cinta kami menjadi SAHAM yang terhebat dapat membantu kami di akhirat. Ya Allah, kurniakan kami anak-anak penyejuk mata, penyenang dijiwa dan menjadi contoh tauladan yang baik. Anugerahilah mereka dengan akhlak muslim mukmin yang musleh. Amin ya Allah 🙂
_____________________________
Sekitar meraikan ulangtahun pernikahan kami, mengeteh di Night Circle Restoran.
Makan bubur berlauk 🙂
Ianya simple namun kesannya superb!
Aneka bahan untuk dioder menjadi masakan
Pilihan kami- Sup Ekor, daging kicap (tukar pedal kerana daging dah habis), cendawan taucu& telur masin.
Bubur kedua dioder kemudian setelah bubur pertama dikongsi makan habis
Bil
Ni restorannya