My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

GSC-Golden Screen Cinema

After Earth: Hall 9- GSC One Utama

Semalam kami dating, ia ungkapan indah untuk pasangan kekasih yang sedang memadu cinta-tiada komitmen pada anak.

Namun bagi pasangan akad nikah, ia kelakuan ‘mencuri’ masa berduaan😉 ingin intim dan menikmati masa bersama. Apatah lagi tiada peluang sebelum nikah menonton wayang bersama.

Ok, kami sudah tiga tahun lebih tidak ke cinemas berdua. Filem pertama yang ditonton berduaan selepas tiga tahun bernikah ialah Night At Muzeum 2- perasaan janggal sangat tapi happy tak terucap. Itupun setelah anje ‘memaksa’ tinggalkan anak sebentar.

Annivesary yang ketujuh-6 Jun lalu, bercadang melihat filem tersebut namun kerana memilih tiket bajet maka semalam adalah hari yang ‘sesuai’. Rm16 (2 tiket dewasa seat 15&16)+Rm1 (kos beli online).

Filem tersebut seperti dijangka pasti best cuma ada aksi yang boleh buat jantung luruh. Maklumlah skrin besar jadi feel dia pun poyolah juga. hihihi😉 Jika ada masa free, bolehlah tengok. Atau lebih bajet, downloadlah. Ini kami pun akan buat lagi sebab nak tengok sekali lagi.

Filem memang best cuma yang tak best time orang sedang kemuncak suspen, ada ke petugas tu tertidur? tayangan ada suara tanpa gambar! Gamat jadinya panggung memanggil petugas tersebut. huhuhu.. Lebih sadis, boleh diulang balik babak yang dah dilihat! Potong stim betul!

Itulah pengalaman pertama kali ke GSC One Utama.

Lagi tak best time balik. Untuk elak kesesakkan lif, makanya kami turun tangga dari tingkat 4 ke tingkat 1.. Hayya, sampai tingkat 1, kena daki semula tingkat 4 memandangkan pintu telah dikunci. Setelah naik tingkat 4, turun pula ke tingkat satu naik lif memandangkan orang cakap kena naik lif untuk ke tingkat 1, malangnya pintu keluar berkunci. Kenalah naik ke tingkat 4 semula balik. Pi mai pi mai tang tu😦

Anje minta daku membayar parking sementara dia menapak menuruni laluan berkereta membawa kereta ke tingkat 4. Malangnya sampai ke tingkat 1, pak guard kata tiada tempat park kereta ditingkat 1! Adoiyai.. Rupanya parking kereta kami di B1, hihihi.

Anje meminta daku turun ke B1 menaiki lif memandangkan kereta untuk mengambil penumpang tidak boleh dibawa ke atas kerana jalan arah atas telah ditutup. Hahaha.. memang gelak sakanlah kami🙂

Kesimpulannya, bagi mereka yang baru seperti kami-menonton wayang yang masanya akan tamat setelah shopping mall tutup.. Dinasihatkan mengepark kenderaan masuk ke dalam bangunan One Utama bersebelahan dataran One Utama terus park ditingkat 4 jika GSC menjadi pilihan.

Sungguhlah pengalaman itu berharga🙂

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: