My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Masjid

hari ketiga Ramadhan, kami masih berbuka puasa di masjid NAZA seksyen 13 Shah Alam. Hidangan pada hari tersebut, nasi putih, berlauk daging masak kicap, udang masak lemak, sayur campur, kuih, sambal belacan + minuman = teh tarik dan air oren. hidangan untuk moreh pula, bubur lambuk, bubur cha cha + teh tarik.

Sementara menunggu waktu isya, saya dan isteri sempat lagi bertadarus bersama membaca al-Alquran. Matlamat kami adalah sama seperti tahun sebelum ini iaitu untuk menghabiskan bacaan 30 juzu’ al-Quran dalam masa sebulan. Dan Alhamdulillah dengan izin Allah segalanya berjalan lancar pada peringkat permulaan, hari ketiga Ramadhan bermakna kami sudah menghabiskan tiga juzu’ al-Quran.

Ketika solat terawih pula, saya bersembahyang dibelakang tiga orang kanak-kanak yang umur mereka lebih kurang 3-5 tahun. Setiap kali menghabiskan dua rakaat terawih, sementara menanti imam berdiri semula untuk dua rakaat seterusnya, saya sempat memerhatikan setiap lagat mereka. mungkin solat mereka tidak sesempurna, tetapi daya usaha mereka untuk sama-sama bersolat terawih di kala rakan-rakan yang lain sibuk bermain di penjuru masjid, ianya sesuatu harus diberi pujian. Menariknya, ketika semua orang berdiri setelah sujud daripada rakaat kelima, salah seorang daripada mereka still lagi sujud. Imam rukuk, dia masih lagi sujud, imam duduk antara dua sujud, dia masih lagi sujud. Hati menjadi berdebar-debar. Setelah imam memberi salam, dia masih lagi sebegitu. Rakan di sebelahnya yang mungkin sudah tidak selesa dengan situasi tersebut, menguis kaki rakannya. Tidak bergerak. sekali lagi kakinya dikuis, kali ini lebih kuat tolakannya.

Akhirnya, kanak-kanak itu bangun dengan air liuh penuh di pipi. Tertidur di dalam sujud rupanya. Saya tersenyum sendirian. Alahai anak ini mungkin di waktu siangnya sibuk bersekolah dan bermain sehingga kepenatan di malam hari menyebabkan dia boleh tertidur di dalam solat.

Saya membayangkan bagaimanalah pula keadaan Ahmad Afkaar Wafi kelak dalam dua tiga tahun lagi dalam mengharungi bulan Ramadhan. Doanya semoga diri dan hatinya akan sentiasa melekat dengan masjid.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: