My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Ramadhan 1434 @ Julai – Ogos 2013

Salam Ramadhan kepada pembaca yang budiman..

___________________________________________

Nak cerita apa ya? Kalau kat sekolah tu, macam-macam rasa hati nak cerita kat blog, tapi rasa malasnya nak menulis.. nak mengarang..😉

Ramadhan tahun ini, kami lalui seperti tahun-tahun yang sudah.. Kelaziman kamimadalah berbuka dan terus berterawih di Masjid mesra anak-anak. Jika dahulu berdua, kami akan pusing satu Selangor saban hari, kaki akan melangkah lebih jauh apabila tiba hujung minggu. Namun sekarang, pelbagai faktor diambil kira- faktor utama adalah Masjid mesra anak-anak. Maklumlah, kanak-kanak manalah reti nak duduk diam dalam jangka masa yang panjang- mereka penuh tenaga dan imaginasi.

Ramdhan kali ini, tumpuan kami berbuka dan berterawih di Masjid yang hampir tiga minggu dibuka iaitu Masjid Naza TTDI, seksyen 13 Shah Alam. Terletak berdekatan dengan Stadium Malawati bersebelahan dengan Giant S13, Kfc, Pizza Hut, Burger King dan Pusat Reakreasi – gelanggang futsal. Dapat bayang? Berdepan dengan Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang, hampir dengan Laman Seri. Ok, itulah lokasinya..🙂

Masjid ini mesra anak-anak.. Kami makan duduk bersila atas tikar, makan dalam satu famili- senang untuk handle mujahid kami🙂 Walaupun Nurhana Catering ada menyediakan khemah, itu bukanlah pilihan kami. Ada anak, segalanya ditimbangkan untuk keselesaan mereka. Alhamdulillah, ianya meriah dan alhamdulillah masakan dia memang terbaik dan lazat-lazat belaka, memang tidak mengecewakan. Jomlah datang, masih ada masa lagi ni..

Ada lagi yang best, Imam membaca surah lazim pada solat fardhu manakala solat terawih hanya baca satu-tiga ayat dalam juzu’. Mungkin meraikan ibubapa yang membawa anak-anak kecil si ahli syurga, membantu meringankan bagi mereka yang uzur. Semoga Imam-imam ini mendapat pahala atas rasa sayang mereka kepada para jemaah yang mengimarahkan masjid. Menarikkan, jomlah sertai kami..

Melihat Ahmad Afkaar berlari ke sana sini tanpa takut orang, mengintai jemaah yang sedang solat kerana mencari umminya membuatkan si ummi ini rasa resah.. Satu, risaulah orang marahkan, mengganggu jemaah solat. Namun, ianya meleset. Bahkan mereka memuji ‘kecik-kecik lagi dah datang Masjid’ ummi hanya tersenyum dan meminta maaf.. Ada juga yang cakap ‘standardlah budak-budak, raikan mereka’ dan macam-macam lagi. Namun itu bukanlah tiket untuk tidak mendidik mereka adab ketika di Masjid atau rumah ibadah -ia proses pembelajaran berterusan🙂

Rasanya penat mulut pesan tu, nasihat ni, tegah sana, larang sini.. Namun tidak mengapalah – didikan itu sepanjang hayat🙂 doa banyak-banyak untuk anak kita. Andai Afkaar wafi berlari, Aaminah wafi juga begitu bersama geng sebayanya, ada juga anak lelaki main gimnastik-entah rasa lucu😉 aigooooOOO🙂 ada yang main lempar-lempar kopiah ke atas padahal sedang majlis tazkirah selepas maghrib. Si ibu terkocoh-kocoh mahu menangkap anak yang bagai lipas kudung😉

Kami merasakan mujahid musleh lasak, rupanya ada lagi kanak-kanak yang lasak. Turun naik tangga, berlari dalam ke hulu hilir depan saf jemaah yang sedang solat😉 Walid hanya tersenyum sahaja melihat gelagat si kecil. Jemaah lelaki mungkin agak sempoi kerana mereka memahami situasi tersebut😉 berbanding jemaah perempuan yang lebih inginkan privasi..

Setakat ini, paling menyentuh hati keibuanku adalah apabila terdengar tadarus berfamily di Masjid al-Ghufran pinggiran TTDI, KL. Sukanya pemandangan itu. Apabila merisik cerita, ibubapanya telah membawa mereka sejak kecil lagi – dari tak faham arahan hingga boleh faham arahan. Daku membayangkan betapa dengan lima orang anak kecil yang jarak umur tak banyak, dibawa ke masjid, perghhhh! sabarnya hati seorang ibu apabila ditegur dan dikata. Sekarang, mesti dia rasa bangga dapat conduct sesi tadarus tersebut🙂 Makanya, daku pun berazam begitu juga🙂

Masjid Negeri – Masjid Suktan Salahuddin Abdul Aziz Shah pun mesra anak-anak cuma ketika buka puasa, pengasingan duduk lelaki perempuan agak menyukarkan kami. Jika mahu bawa keluar makanan dan duduk di luar kawasan hidangan, kena bawa secara rahsia😉 Better bawa bekalan sendiri dan picnic di sana🙂 Pemandangan ini juga indah dan tersemat di hati, cuma tahun ini kami tidak ke sana.

Doanya, kami dapat beriktikaf di Masjid pada 10 malam terakhir..

___________________

Teringin ke Masjid Subang Jaya dan Bandar Sunway kerana ingin bertemu dengan seorang ibu sembilan anak yang membawa ke semua anaknya berbuka di Masjid even masih baby lagi.. Mungkin sekarang anaknya dah besar belaka. Semoga doa seorang ibu sentiasa dimakbulkan oleh Allah..

Ya Allah, peliharalah zuriat kami dan keturunan kami dari seksaan azab api nerakaMu, amin..

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: