My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

puasa dan solat

barangkali sudah menjadi budaya masyarakat kita di bulan Ramadhan, apabila bertemu dengan kanak-kanak, pasti akan bertanya samada mereka berpuasa atau pun sebaliknya. Di antara soalan-soalan yang selalu disoalkan ialah

“hari ini berpuasa atau pun tidak”
“sudah berapa hari berpuasa”

Dan ia selalunya juga ditambah dengan kenyataan berbentuk ugutan

“no puasa no raya”
“puasa tidak penuh tidak dapat duit raya”

jarang sekali kita bertanyakan perihal solat kepada mereka sedangkan solat itu mesti didedahkan terlebih dahulu kepada mereka berdasarkan turutan di dalam rukun Islam. mungkin selepas ini budaya tersebut perlu diubah dengan pertanyaan-pertanyaan

“hari ini puasa atau pun tidak? sekiranya tidak, tidak mengapa tetapi solat mesti dilakukan”

Bulan Ramadhan tahun ini, kami telah sepakat sedaya mungkin untuk menerapkan nilai-nilai solat kepada Khadiijah Wafi walaupun sedar ia telah pun bermula dengan lambat yang sepatutnya seawal 5 tahun lagi penerapan tersebut dilasanakan. Sebelum ini, kami berpendapat, tunggulah Khadiijah Wafi pandai mengambil wudu’ dengan sempurna dahulu, tunggu dia pandai bacaan dan perlakuan dalam solat dahulu, baru diterapkan nilai solat sepenuhnya kepadanya. akhirnya, baru kami tersedar yang ia tidak boleh sebegitu, penerapan tersebut harus dilaksanakan secepat mungkin biarlah solatnya tidak lengkap sekalipun dari segi wudu’nya, pakaiannya mahupun bacaannya, yang paling penting adalah dia bersolat kerana kesempurnaan itu bukan menjadi ukuran kerana sekirannya dia meninggal dunia hari ini pun, dia sudah pun dijamin syurga oleh Allah s.w.t. Namun, penerapan awal ini sangat penting baginya, pertamanya untuk memupuk solat itu sebagai rutin harian baginya setiap hari. Semua orang mesti kena makan setiap hari, tidak kiralah makan apa pun kerana ia sudah menjadi rutin diri manusia. sekiranya satu hari tidak makan, pasti akan timbul perasaan rasa tidak senang seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Begitu juga dengan solat, sekiranya ia sudah menjadi rutin, meninggalkannya akan menjadikan diri dan perasaan seseorang itu menjadi tidak kena.

Keduanya, saya mahu penerapan ini menjadi contoh yang baik kepada adik-adik Khadiijah Wafi. Mereka masih kecil, Aaminah berumur 3 tahun dan Afkaar berumur 2 tahun dan mereka banyak belajar dengan jalan melihat apa yang berlaku disekeliling mereka.

Di bulan Ramadhan ini, kami langsung tidak memaksa Khadiijah Wafi untuk berpuasa. Terpulang kepadanya untuk berpuasa atau sebaliknya, yang paling penting mesti bersolat. Ajaibnya, dia begitu teruja pula untuk berpuasa tidak makan dan minum. Membekalkan air minuman membawa ke sekolah, langsung tidak disentuhnya. Cumanya puasa Khadiijah tidak sesempurna orang dewasa, sahurnya lebih kurang antara pukul 6-7 pagi. Adakalanya waktu tengahari pula apabila sudah terlalu haus, meminta keizinan untuk minum sedikit air masak, kami membenarkan sahaja.

15 Ramadhan, 14 juzu’ sudah dihabiskan. Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah s.w.t. Semoga dipanjangkan umur untuk menghabiskan sisa-sisa Ramadhan pada tahun ini kerana tahun hadapan, belum tentu nyawa ini masih bernafas.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: