My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Archive for the day “August 19, 2013”

Kerjaya

Ada orang rasa bergaya apabila mereka bekerjaya apatah lagi seorang perempuan bergelar isteri dan ibu.

Daku pula sebaliknya.. suka melepak dengan anak-anak. Sejak mutakhir ini, keinginan untuk tidak berkerjaya makin menjadi-jadi. Entah, mungkin sebab kerja sampingan seorang guru melebihi tugas mengajar. Apatah jika dapat pentadbir yang berlagak berkuasa seolah-olah kecemerlangannya tidak melibatkan langsung isi sekolah..

Kecenderungan untuk belajar lagi pendidikan Bahasa Arab Al-Quran mendorong lagi keinginan untuk bersara awal. Minat ini timbul mendalam sejak ajar mengaji wargaemas. Ia sangat menyeronokkan. Rasa happy dan senang hati..

Sebagai inisiatif, ingin belajar talaqqi bersanad agar ada kelayakan seperti mak yang mengajar al-Quran pada anak-anak kecil dan wargaemas.

Oh kerjayaku tiada dalam senarai kepentingan utama makanya tidak hairanlah daku begini. 🙂 Pada yang suka ada kerjaya, ia sesuatu yang sangat bagus kerana ia mengasah skill kita dalam bekerjaya.

Ada juga rasa hati untuk dikelilingi anak-anak kecil menanti giliran mengaji di Masjid. Ia perasaan halus yang tidak perlu diendahkan cuma pada doa dititipkan agar menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Oh Kerjayaku, bila masanya ingin ku ucapkan ‘good bye’?

Post Navigation