My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Ramadhan 1435

29 Jun 2014 – Ramadhan pertama kami terlewat bangun sahur kira-kira 10 minit sebelum subuh. Berbuka di rumah mak dan ayah. Juadah yang pelbagai: tempe sotong kicap, asam pedas ikan, ayam merah, ayam kicap, roti jala, onde-onde, air anggur, teh O panas dan cendol. Standard berbuka di rumah mak dan ayah🙂

30 Jun 2014- Bersahur di rumah mak dan ayah, kemudian bertolak pulang ke Shah Alam.sekitar jam 430 pagi kerana anje ada kursus PUNB jam 930 pagi KL central Plaza. Berbuka puasa di Masjid Naza TTDI s13 Shah Alam: Ikan keli sira sambal, daging salai lemak kuning, sayur campur, kuih talam cendol, kurma, tembikai, teh O panas dan air laici sejuk. Alhamdulillah🙂

1 Julai 2014- Bersahur di rumah kami. Chef tercinta akan memasak sepanjang Ramadhan Kareem ini: Ayam goreng panas dan nasi berasap-asap, memang ummmpph! Umi pula hanya makan nestum dan kurma. Cukuplah berbuka je ambil nasi, diet sikit-sikit😉 Berbuka di Masjid Naza TTDI: Ayam kicap, terung ikan masin lemak kuning, tembikai, soya ice, teh O dan teh tarik panas. Alhamdulillah🙂

2 Julai 2014- Nasi dan Ayam goreng kunyit. Berbuka dengan Nasi Kandar Ar-Rafi di Masjid Naza TTDI Jaya.

3 Julai 2014- Nasi dan telur goreng untuk walid dan anak2, ummi makan nestum macam selalu. Berbuka di Masjid Naza TTDI Jaya dengan hidangan Nasi Ambeng dan air sirap oren.

4 Julai 2014 – Nasi dan ayam goreng serta serunding daging yang Tok Ma bagi untuk dibuat sahur. Berbuka di Masjid TTDI Jaya yang meraikan anak2 yatim serta para penghafaz Al-Quran. Ayam kicap, daging lemak kuning dan sayur goreng. Air soya dan sirap. Makanan untuk majlis agak meriah, walaupun ada yang menyuruh makan ketika anak2 bermain sementara tunggu waktu Isyak, ditolak dengan baik kerana masih kenyang. Cuma kak long dan adik yang sukakan air sirap ajak minum sebab tadi air sirap dah habis. Maka bawalah mereka minum sirap selasih dan makan kuih muih- tepung pelita seketul. Sempat juga melihat makanan untuk mereka yang diraikan- Udang sambal, tomyam, ayam kicap, daging lemak, ulaman, anggur, kurma, air sirap selasih, laici air kotak dan kuih-muih.. Alhamdulillah. Sungguh apabila kita kenyang, sudah cukup untuk menutup pintu hawa nafsu terhadap makanan cuma terasa sedapnyaaaa udang sambal. Malas nak masak tapi makan suka😉

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: