My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

SJKC Lick Hung

Setelah 8 bulan berlalu, baru sekarang ummi nak tepek gambar kak long bersekolah dalam tahun 1😉

Alhamdulillah, kak long diterima masuk ke Sjkc Lick Hung, ss19 Subang Jaya. Ini adalah sekolah terbaik di Malaysia. Sekolah Berprestasi Tinggi dan Sekolah Kluster. Makanya, kami berkeyakinan tiada diskriminasi kaum dan cikgunya juga berkemahuan tinggi untuk mendidik anak bangsa.

Ada satu lagi Sjkc Subang yang berdekatan rumah kami namun agak mengecewakan feedback yang diberi oleh beberapa rakan. Walaupun jauh dari rumah, pendidikab anak-anak mengatasi semuanya. Paling penting, tiada pengenalan stress kepada anak-anak ketika belajar.

Alhamdulillah selama 8 bulan kak long bersekolah, positif aje tindakbalasnya untuk ke sekolah. Jika tak ke sekolah, kak long akan menangis. Sjkc Lick Hung hanya satu sesi sahaja- sesi pagi. Liat tu perkara biasa namun membanggakan kak long bersolat subuh sebelum ke sekolah, Alhamdulillah🙂

Ini beberapa keping gambar ketika hari orientasi. Kami excited nak ambil gambar, begitu juga parents yang lain. Maklumlah pengalaman pertama itu manis..🙂

image

My baby dah darjah satu! tak sangkanya ku sudah tua..huhuhu

image

Sekelas kak long – 1H – hanya 5 orang murid melayu sahaja yang diasingkan tempat duduk. Ku suka sangat biar kak long potpet dalam mandarin/english.

image

Kelas 1H

image

Jalan-jalan sekitar sekolah.

————————————

Tiada halangan untuk berhijab. Bagi kami, pemakaian hijab biarlah mengikut kefahaman dan kesediaan Khadiijah Wafi. Bukan bermaksud tidak ada penekanan mahupun pendidikan cuma masanya belum sampai lagi. Penekanan kami lebih kepada solat dahulu. InsyaAllah, menginjak usia 9 tahun, penutupan aurat secara sempurna pasti dibuat. Pada masa ini, pemilihan pakaian juga telah diajarkan. Semoga Khadiijah Wafi menjadi muslimah solehah.
Amin ya Rabb🙂

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: