My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Anakku, Berkata Benarlah Sayang..

Hari ni tanpa diduga, make-up Body Shop pecah berderai.. Sedihnya.. Baru haritu atin tegur, “wah lamanya make-up along boleh tahan hampir dua tahun” Mestilah kan sebabnya sayang nak guna, guna pun sikit2 je.. Mahal wooo..

_______________________

Alkisahnya, abang menunjukkan kepingan berwarna coklat sambil merepot tentang adik dan tunjuk adik yang ada dalam bilik. Memandangkan abang berbahasa pelat, namun berdetak jugalah dalam hatiku “Janganlah make-up aku”..

Terdengar esakan kecil dari arah bilik. Aku pun bergegas ingin melihat.. “Ohoooo, make-up hancur berderai atas lantai” Tapi entah mana datang perasaan cool aku langsung aku tidak marah malah bertanya seeloknya pada adik “adik, adik buat eh?” sambil menghala mata pada serpihan bedak berterabur atas lantai..

Adik gelengkan kepalanya sambil bertanya ” umi tak marah adik ke?”. Aku terus peluk dia erat2 kerana esakan kecil dah makin kuat bunyinya. Agak reda tangisan adik, aku pun sambung buat kerja di dapur setelah membersihkan serpihan tadi. Membiarkan adik meredakan emosinya..

Setel urusan, aku bersantai2 dalam bilik, prepare nak tidur. Melayan juga perasaan sedih kehilangan mekap yang disayangi.. Namun untuk mendidik anak-anak berkata benar, mengakui kesilapannya walaupun pahit, kenalah buang perasaan sedih tu jauh-jauh. Pendidikan anak2 menjadi perkara penting dalam hidup berbanding yang lain.

Sedap layan monolog, adik datang memeluk aku.. “Umi, nanti dah besar, adik belanja umi mekap ok” Allah, tulusnya si anak ini. Aku: ” Adik buat eh?” Dia: “Adik tak buat, adik letak atas drawer tapi mekap umi jatuh sendiri”. Tergelak kecil aku😉 Dapatlah dibayangkan, selepas adik pakai mekap kat muka dia, kedudukan mekap tidak seimbang atas drawer membuatkan mekap itu jatuh. “Adik minta maaf umi.” sambil menangis.

“Umi maafkan adik sayang. Adik kena BE HONEST” dan adalah perkara yang dinasihatkan semuanya akan berkait dengan Allah.

Bye-bye mekap😉

__________________________

Adik adalah anak yang mahu kelihatan manis.. Bersih dan kemas penampilannya🙂

_______________________________

Antara kami- Umi dan walid, kami akan tegur on the spot jika kami termarah anak-anak yang berkata benar. kadang anje tegur aku yang memarahi anak-anak atas pengakuan mereka, begitu juga sebaliknya.

Payahnya mahu anak berkata benar..

Anakku sayang,
Kak long,
Adik,
Abang,
Baby..

Berkata Benarlah walaupun pahit!

image

Lenanya tidur mereka

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: