My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

UM-K12-MV

Kami pencinta Universiti Malaya-Our Love In University Malaya. Jejak je kaki ke UM, terasa denyut cinta derap tapak kaki merata-rata di situ🙂

Seperti biasa, soalan standard yang kak long akan tanya bila kereta memasuki pintu gerbang UM, “Umi, universiti kak long nanti kat mana?” Dengan girangnya umi akan jawab “anak-anak umi, semuanya belajar di UM : tempat umi&walid belajar dan menerima diri masing2 seadanya..” Hairul,KteCintaAwk!🙂

Sementara tunggu bonda bersiap – padahal kami sudah lepak melepak di Kolej 5 – solat zuhur dan urus diri anak yang meredah kepanasan untuk sampai UM. Mujahid musleh melayan ikan keli dan kura-kura makan roti yang dibawa dari rumah. Bonda pun turut sediakan roti juga🙂 Bonda tahu, mereka pasti akan minta roti untuk diberi makan ikan..

image

image

Kolej 5 adalah kolej kediaman walid dulu. Jika datang petang sikit, mujahid musleh akan dihidangkan dengan pemandangan kumpulan monyet di jalanan dan pokok-pokok..

Singgah di kolej 12 untuk lunch. Padahal jam dah 3.30 petang. Makan di Kolej 12 memang murah berbanding dengan harga makanan di luar. Bila tengok budak-budak jinjit plastik Mydin, ku pun teringat sahabat yang memang sentiasa dalam doa dan ingatan – teman sebilik, teman serumah sewa. Termengah-mengah kepenatan balik dari Masjid Jamek, tapaw makanan kat kolej 12 terus naik bilik melepas lelah bergebang dan angkat barang berat selepas bershopping😉

Tempat feveret kami selepas ke UM adalah berwindow shopping ke Midvalley. Ohooo, MV pun banyakkk sangat kenangan indah😉

Taraaa, aktiviti mujahid musleh petang tadi di Midvalley

image

image

kak long

image

Kids

image

Abang pun bersemangat😉

image

Kak long suka seni

image

Adik

image

Adik tekun mewarna dan seusahanya tak nak warna keluar garisan gambar🙂

Sampai rumah jam 9 malam, semuanya kepenatan. Alhamdulillah🙂

___________________________
*Hasil kreativiti mujahid musleh akan ditepek di entri esok, InsyaAllah. Agaknya apalah yang mereka khusyuk mewarna tu kan😉

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: