My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Archive for the month “September, 2014”

Penghujung cuti sekolah

image

image

image

image

On the way balik kampung Segamat, singgah solat maghrib dan makan-makan di r&r Dengkil arah Selatan.

image

image

Jalan-jalan naik Putra-LRT bersama bonda dari Stesen LRT Universiti ke LRT Taman Jaya : Satu stesen aje, jadilah πŸ˜‰ umi&walid&baby berkereta..hihi πŸ™‚

——————–

Mujahid musleh sekarang ni bergambar pe’elnya tak nak tengok kamera. Geram je umi dengan gelagat mereka..grmmm. Membesarlah sayang-sayang kami dalam dakapan cinta Ilahi.
Amin πŸ™‚

Motor Steamboat

Malam yang indah ditemani angin sepoi-sepoi bahasa. Ingin hujan namun rintiknya tidak bertanda lantai. Sedap juga pekena steamboat. Nak makan buffet steamboat, poketnya bocor πŸ˜‰ Makanya steamboat begini pun membuatkan anak-anak selera dan gembira πŸ™‚

image

image

image

image

image

Ampang Park..

Alhamdulillah atas rezeki-Mu

Birthday 2014

Agak lama tidak update entri sepanjang tahun 2014. Paling penting kelahiran ahli keluarga kecil kami πŸ™‚

06&19 April 2014

Birthday anje dan adik diraikan serentak pada hari lahir adik yang ke-4 tahun tanggal 19 April 2014. Hanya makan-makan di rumah kami.

image

Kek kecil pilihan adik

image

4yo adik

image

Kak long&abang

image

6 April 2014- 31yo πŸ™‚

8 May 2014

Kelahiran Baby Ruqayyah Raihana Wafi yang cepat 20 hari dari tarikh jangkaan (28 May 2014). Alhamdulillah, semuanya selamat. Ke Hospital apabila memang sudah betul-betul sakit nak bersalin- 10cm πŸ˜‰

Pecah ketuban jam 4pagi ketika bersiap untuk ke sekolah. Mula sakit yang amat jam 3 petang. Menunggu kepulangan anje dari kerja membuat ku merangkak, berguling, berbaring dan mandi berulang-ulang untuk mengurangkan rasa sakit yang amat.. Sakit yang amat sangat tanpa pain killer menikmati 10cm ukuran untuk bersalin.

5.30 petang berada di Hospital Sg. Buloh. Isi macam-macam maklumat dalam keadaan tidak tertahan lagi nak bersalin.. Menunggu giliran membuat ctg, sangat-sangat tak tahan nak meneran. Nurse siap tanya “akak dah tak tahan eh?” apabila mesin ctg berbunyi semacam tanda nak bersalin agaknya πŸ˜‰ Suasana di bilik ctg agak kecoh kerana ku hendak dipindahkan ke LR. Alhamdulillah, 6.30 petang lahirlah baby yang dinanti oleh seluruh keluarga -Mama dan mak serta adik2 diberitakan πŸ™‚

image

image

Fresh From Oven

image

1st time buka matanya

Syukur Alhamdulillah πŸ™‚

24 May 2014

Birthday Kak long diraikan dengan majlis sambut menantu di rumah nenek – Ianya meriah dan kak long banyak dapat hadiah dengan pemberian duit dari atok-atok sedaranya : adik beradik sebelah ayah dan mak πŸ™‚

Usai majlis di Segamat, kami pulang ke rumah mama, maklumlah cuti sekolah ditambah pula ku dalam pantang.

image

Puas makan aiskrim di Segamat

image

image

Bagi makan ikan di rumah nanny

8 Ogos 2014

My Birthday-31 yo.. Hadiah paling berharga adalah jaga anak-anak : Our Nurcinta πŸ™‚ Kewangan yang tidak stabil menguji kebergantungan iman dan tawakal pada Ya Razzak. Keyakinan bahawa sentiasa ada rezeki untuk mujahid musleh.

Nikmat mana yang ingin didustakan?

image

Bahagianya hati – 4 bulan baby hana yang tembam dan manis

Alhamdulillah…Alhamdulillah..Alhamdulillah πŸ™‚ syukurku pada-Mu.

18 December 2014

Menghitung detik masa hari ulangtahun abang yang ketiga tahun πŸ™‚

image

Ada masanya mahu tidur dibuaian πŸ˜‰

…..

Hasil kreativiti aktiviti semalam di Midvalley.

image

image

Abang dan chickynya πŸ™‚

image

Adik dan bugnya

image

Kak Long dan cikennya..

Dapat free magic colour Faber Castel yang dikepit dengan gambar hasil mereka mewarna.

________________________________

Aktiviti di rumah pada hari ini adalah mewarna kertas gambar yang diberi semalam oleh kakak amoi faber castel πŸ™‚

image

image

Kak Long kaler buggy bug

image

image

Chicky Chicken Adik πŸ™‚

image

Abang.. πŸ™‚

Alhamdulillah, mereka bekerjasama dengan sukses.

UM-K12-MV

Kami pencinta Universiti Malaya-Our Love In University Malaya. Jejak je kaki ke UM, terasa denyut cinta derap tapak kaki merata-rata di situ πŸ™‚

Seperti biasa, soalan standard yang kak long akan tanya bila kereta memasuki pintu gerbang UM, “Umi, universiti kak long nanti kat mana?” Dengan girangnya umi akan jawab “anak-anak umi, semuanya belajar di UM : tempat umi&walid belajar dan menerima diri masing2 seadanya..” Hairul,KteCintaAwk! πŸ™‚

Sementara tunggu bonda bersiap – padahal kami sudah lepak melepak di Kolej 5 – solat zuhur dan urus diri anak yang meredah kepanasan untuk sampai UM. Mujahid musleh melayan ikan keli dan kura-kura makan roti yang dibawa dari rumah. Bonda pun turut sediakan roti juga πŸ™‚ Bonda tahu, mereka pasti akan minta roti untuk diberi makan ikan..

image

image

Kolej 5 adalah kolej kediaman walid dulu. Jika datang petang sikit, mujahid musleh akan dihidangkan dengan pemandangan kumpulan monyet di jalanan dan pokok-pokok..

Singgah di kolej 12 untuk lunch. Padahal jam dah 3.30 petang. Makan di Kolej 12 memang murah berbanding dengan harga makanan di luar. Bila tengok budak-budak jinjit plastik Mydin, ku pun teringat sahabat yang memang sentiasa dalam doa dan ingatan – teman sebilik, teman serumah sewa. Termengah-mengah kepenatan balik dari Masjid Jamek, tapaw makanan kat kolej 12 terus naik bilik melepas lelah bergebang dan angkat barang berat selepas bershopping πŸ˜‰

Tempat feveret kami selepas ke UM adalah berwindow shopping ke Midvalley. Ohooo, MV pun banyakkk sangat kenangan indah πŸ˜‰

Taraaa, aktiviti mujahid musleh petang tadi di Midvalley

image

image

kak long

image

Kids

image

Abang pun bersemangat πŸ˜‰

image

Kak long suka seni

image

Adik

image

Adik tekun mewarna dan seusahanya tak nak warna keluar garisan gambar πŸ™‚

Sampai rumah jam 9 malam, semuanya kepenatan. Alhamdulillah πŸ™‚

___________________________
*Hasil kreativiti mujahid musleh akan ditepek di entri esok, InsyaAllah. Agaknya apalah yang mereka khusyuk mewarna tu kan πŸ˜‰

UPSR 2014

Haji Darus Awang
Wed Β· Edited Β·
SOALAN BOCOR ATAU INTEGRITI YANG BOCOR

Haji Darus Awang. AAP., AMP.

Petang tadi anak saya yang kelapan bertanya: “pa betul ke soalan sains bocor, Shira dengar kawan-kawan beritahu soalan sains bocor”. Satu soalan pendek tetapi sukar juga untuk menjawabnya. Saya hanya beritahu: “esok Shira pergi aje ke sekolah, kalau ada periksa jawab elok-elok”. Anak pun mengangguk sahaja dengan penjelasan yang tidak menepati pertanyaan.

Begitulah dunia kanak-kanak hari ini. Mereka juga bermaklumat. Mereka boleh akses maklumat di hujung jari seperti orang dewasa. Anak kelapan saya memiliki kemahiran yang luar biasa dalam ilmu IT ini. Apa-apa sahaja barang elektronik seperti telefon bimbit, laptop atau apa jua gajet, mampu digunakanannya. Kita terkial-kila membaca “command” atau buku manual, tetapi anak hanya tekan sana sini sudah selesai.

Sudah lapan daripada sembilan anak saya menduduki UPSR. Seingat saya baru kali ini kes soalan UPSR bocor. Soalan PMR dan SPM pernah bocor satu ketika dulu. Semasa Cambridge yang menyediakan soalan peperiksaan untuk negara kita, tidak pernah ada kes kebocoran soalan kerana tingginya integriti orang putih. Kanak-kanak yang masih mentah terpaksa berdepan dengan tekanan psikologi yang tinggi, Terutama jenis ibubapa yang terlalu mengharapkan kejayaan cemerlang dan luar biasa dari anak sekecil ini.

Saya sebenarnya tidak pernah pedulikan peperiksaan UPSR ini. Sedikit pun saya tidak ambil peduli berapa A yang bakal diperolehi oleh anak-anak. Ayat-ayat mudah saya katakan pada anak-anak jika semua A pun bukan boleh terus masuk universiti. Semua subjek dapat A pun akan masuk tingkatan satu terlebih dahulu. Begitu juga dengan PMR. Saya juga tidak memberikan apa-apa tekanan pada anak-anak.

Jadi, anak-anak saya secara santai menduduki peperiksaan UPSR dan PMR. Sebabnya saya dan isteri tidak sedikit pun memberi tekanan kepada mereka. Mereka terlalu kanak-kanak untuk dipaksakan dengan kejayaan yang bukan-bukan. Sejujurnya saya mahu anak-anak membesar dengan cara semula jadi (natural), seperti zaman saya membesar dahulu. Biar mereka hidup dengan realiti zaman kanak-kanaknya.

Sistem pendidikan di negara ini telah meragut dan merampas zaman kanak-kanak secara keseluruhannya. Bertambah malang jika kedua ibubapa juga berperangai menekan kanak-kanak untuk lulus cemerlang. Pada mereka anak-anak yang cemerlang peperiksaan adalah kebanggaan kedua ibubapa, walaupun akhlaknya kurang cemerlang. Yang penting mereka berjaya dengan barisan semua A atau “straight A”. A adalah pengukur kecemerlangan walaupun akhlak tidak menjadi.

Perlu diingat, anak-anak bukan robot. Anak-anak kita adalah manusia yang punya jiwa dan perasaan. Jika mereka masih kanak-kanak, maka perasaan keanak-anakan itulah yang menjadi realiti hidup mereka. Sistem pendidikan kita hari ini mengajar kanak-kanak menjadi tua sebelum masanya. Zaman kanak-kanak mereka dirampas secara zalim dan kejam bersandarkan kecemerlangan akademik dan “straight A”.

Saya mendidik anak-anak dengan cara purba dan konservertif iaitu membiarkan kesemua anak-anak membesar secara ‘natural” seperti saya dibesarkan. Saya biarkan mereka bermain hujan dan panas. Mereka boleh bermain di longkang sambil tangkap ikan longkang dan banyak lagi kehidupan kanak-kanaknya dilayan seadanya. Mereka hidup santai dan ceria. Apabila mendudki peperiksaan mereka tetap berjaya cemerlang. Kesemua yang menduduki UPSR, PMR dan SPM berjaya dan cemerlang.

Kesemua mereka masih di bangku sekolah. Lima orang yang telah mendudki SPM, kini berada di universiti dalam dan luar negara di dalam pelbagai bidang profesional seperti perubatan, arkitek, kejuruteraan dan pensyarah. Yang sulung sedang menghabiskan pengajian sarjana. Saya tidak pernah menekan mereka di peringkat UPSR dan PMR. Jika mereka mahu tusyen saya hantar, jika mereka tidak mahu, belajar sahaja di rumah. Mereka bebas memilih untuk belajar kelas tusyen dan tiada paksaan.

Saya hanya fokus ketika di peringkat SPM. Di peringkat ini saya ingatkan mereka supaya lebih fokus pada masa depan. SPM adalah penentu untuk memasuki lebuhraya pendidikan peringkat tinggi. Bermula dengan diploma hingga ke peringkat doktor falsafah (Phd), itulah jalur pendidikan peringkat tinggi. Saya selalu ingatkan bahawa universiti berada di dalam diri, bukan di sekolah yang mereka duduki.

Sebab itu, sedikit pun saya tidak pernah ambil kisah tentang sekolah berasrama penuh. Ada anak-anak yang dapat memasuki asrama penuh untuk pengambilan tingkatan satu dan empat, tetapi mereka tidak pergi. Setakat ini, hanya anak ke empat memasuki tingkatan empat di asrama penuh dan anak ketujuh memasuki ketika tingkatan satu. Bukan kehendak saya dan isteri, tetapi itu kehendak dan pilihan mereka.

Maknanya kejayaan bukan di sekolah, tetapi di dalam diri mereka sendiri. Mereka yang mengurus kejayaan dengan bimbingan dan sokongan kita sebagai ibubapanya. Saya dan isteri sentiasa sibuk dengan tugasan kerja rasmi, Di waktu antara maghrib dan isyak ketika di bilik solat, saya bertanyakan tentang persekolahan mereka. Itu sahaja masa yang saya ada untuk memberi dorongan kepada mereka. Tetapi setiap malam kami bersolat hajat untuk kejayaan ahli keluarga. Inilah kekuatan luar biasa yang tiada tolok bandingnya.

Apabila terdengar cerita dan terbaca berita di dalam media sosial tentang soalan bocor, terfikir oleh saya soalan bocor atau integriti segelintir orang yang diamanahkan itu yang bocor. Kenapa boleh bocor. Ababila bocor mesti ada orang yang kena dipertanggungjawabkan di atas kebocoran ini. Kes seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Kes ini lebih kepada bocor atau ketirisan integriti mereka ini. Antaranya pencetak soalan, segelintir pegawai di Lembaga Peperiksaan KPM dan juga pegawai yang diamanahkan di Bilik Kebal. Saya bukan menuduh, tetapi kebocoran pasti bermula dari salah satu lubang di situ.

Agak lama saya bekerja di KPM Putrajaya. Sedikit sebanyak perkara-perkara dasar seperti ini saya tahu juga. Isunya lebih kepada integriti pegawai yang diamanahkan menggubal soalan, pencetak yang diamanahkan mencetak soalan dan pegawai yang diamanahkan menjaga Bilik Kebal. Mereka ini perlu dipertanggungjawab terlebih dahulu. Mereka telah mengharubirukan suasaa ketenangan murid yang sedang menduduki UPSR. Kurang sungguh integriti segelintir mereka yang diamanahkan terhadap perkara-perkara yang sulit seperti soalan peperiksaan ini.

Namun begitu, kelihatan anak saya rileks dan santai sahaja. Sebabnya tiada apa-apa tekanan dari kami sebagai ibubapa kepadanya. Kami biarkan dia membesar dengan dunia kanak-kanaknya tanpa dirampas dengan meletakkan harapan yang menggunung tingginya. Sedangkan dia hanya seorang kanak-kanak. Saya mahu kesemua anak saya menikmati zaman kanak-kanaknya sebaik mungkin. Harapan yang terlalu tinggi menjadi tekanan kepada anak-anak kita. Mereka akan stress. Bertambah stress jika peperiksaan ditangguhkan.

–Facebook–

______________________________

Anak-anak umi,

Tahun 2014 adalah tahun soalan UPSR bocor (9 Sept-12 Sept), pada tahun pertama kak long ambil UPSR nanti 2019, harap perkara bocor membocor tidak berlaku.

Umi suka dan banyak sangat setuju dengan penulisan tersebut kerana umi dan walid juga begitu. Bukan tidak ambil peduli tentang peperiksaan yang kak long jalani pada ketika ini – tahun satu, namun ia lebih kepada memahami alam kanak-kanak kak long. Tiada istilah stress pada zaman persekolahan kanak-kanak.

Seingat umi, apatah lagi walid yang asyik bermain sahaja ketika usia 12 tahun, tidaklah kami pulun membaca buku. Apa soalan yang ditanya, kami jawab guna kekreatifan pemikiran kami.. Hasilnya, jeng..jeng..jeng..
Umi: 2A 1B 1C Walid: 3A 1C. hahaha.. C semestinya English maklumlah terlebih speaking πŸ˜›

Makanya kak long pun seadanya keputusan. Doa umi dapat straight 7A jika itu rezeki-Nya, jika tiada pun, asal lulus pun dah boleh reward usaha kak long ye sayang πŸ™‚

Pasal tuisyen pula, kak long memang akan dihantar ke tuisyen wajib sekolah iaitu Bahasa Cina dalam darjah 3 nanti. Kehendak umi mahu sekarang hantar tuisyen Bahasa Cina namun seperti kata walid, masa kak long akan jadi sangat peak. Tuisyen English boleh dipertimbangkan. Tapi rasanya paling tak perlu tuisyen Bahasa Malaysia- kacang je tu πŸ˜‰ Math dan Sains boleh tuisyen dengan walid. Apa gunanya SPM walid straight A untuk Math, Add Math dan Acc jika bukan khas untuk diturunkan ilmunya pada generasi walid πŸ™‚

Sekolah Asrama penuh pula, umi dan walid hanya suka MRSM Gemencheh, Maahad Ahmadi Gemencheh dan Sekolah Menengah Islam Hidayah (ni sekolah umi dulu dan ianya sekolah swasta terbaik di Johor cuma kena usahakan sumber kewangan yang mantap). Selebihnya, sekolah harian biasa yang umi boleh hantar dan jemput. Kita boleh sembang-sembang dalam kereta. Oh, umi doa agar umi boleh jadi super driver like walid πŸ™‚

Kekadang tengok Ibu dan anak remaja jalan berdua, makan berdua dengan pakaian sekolah, terfikir: ” Oh bestnya dapat bersantai dengan anak time orang sedang bekerja.”

Umi suka je anak-anak umi mandi hujan tapi tidak walid.. Lucunya walid suruh main hujan dengan berpayung! Hahaha. Bolehlah, asal hujan je anak-anak main payung. La ni bila tengok orang berpayung ketika panas, time panas pun minta pakai payung. Alahai anakku~

Doa umi dan walid, agar umi dan walid boleh menemani kak long, adik, abang dan baby ketika kalian sangat-sangat perlukan kami. Ketika ini, dunia kalian adalah Kami. Menginjak usia remaja, dunia kalian pasti akan diserikan dengan sahabat dan kawan. Begitu juga pusingan hidup seterusnya yang menjadikan kami bukan lagi kepentingan dalam dunia kalian. Memikirkan hal itu, membuatkan kami hanya bergantung doa, ikhtiar rohani hanya pada Allah agar kalian dewasa dalam rahmat dan kasih sayang-Nya, membesar menjadi mujahid musleh πŸ™‚

Allah, tolonglah kami menjaga anak-anak kami agar kami boleh berkumpul di Syurga-Mu.
Amin. πŸ˜₯

image

image

πŸ™‚

Study Group

Ketika ini, umi dan walid sudah mengantuk namun mujahid musleh gigih berstudy group. Time tak sekolah ni, bagi can tidur lambat πŸ˜‰

image

Melukis, mewarna dan berbincang. Sharing all the tools πŸ™‚

Polis

Semalam bergebang cari kedai makan sebanyak yang boleh sebagai sumber pendapatan. Sedar-sedar jam 12 pagi, mujahid musleh dah syahid di belakang tempat duduk kereta.

Aisey, nak dekat sampai rumah ada pulak roadblock.. Roadtax pulak dah expired tak renew lagi. Rm625, mana nak ada jika dalam kekangan kewangan begini.

Aduhai, dalam hati kedebuk kedebak agar terlepas dari saman, huhuhu. Detikan hati mengharap kasih sayang Allah memelihara kami dari terkena saman dikabulkan.. Alhamdulillah. Pak Polis berkemungkinan besar jatuh kasihan pada mujahid musleh yang tidur lena tanpa sedar kami berdua ditahan polis. Syukur pada-Mu wahai Allah yang mencampakkan rasa simpati pada pak polis untuk kami..

Ada sesiapa yang sudi belanja roadtax? πŸ™‚ Alhamdulillah jika ada.. Semoga urusan kalian dilapangkan oleh Allah..

Anyone? πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚

___________________________

image

Selepas hantar Khadiijah Wafi ke Sjkc Lick Hung πŸ™‚

My Ruqayyah

image

Ruqayyah Raihana Wafi binti Mohd Hairulhazan.
Sg.Buloh Hospital.
8 Mei 2014-18:30
______________________________

Alhamdulillah my lil Raihan my precious Hana turn 4 month yesterday πŸ™‚

image

Suka ajak ‘discuss’ kata kak long.. suka ketawa dan dah mula angkat badan untuk minta didukung.. πŸ™‚

Sayang Baby

Anakku, Berkata Benarlah Sayang..

Hari ni tanpa diduga, make-up Body Shop pecah berderai.. Sedihnya.. Baru haritu atin tegur, “wah lamanya make-up along boleh tahan hampir dua tahun” Mestilah kan sebabnya sayang nak guna, guna pun sikit2 je.. Mahal wooo..

_______________________

Alkisahnya, abang menunjukkan kepingan berwarna coklat sambil merepot tentang adik dan tunjuk adik yang ada dalam bilik. Memandangkan abang berbahasa pelat, namun berdetak jugalah dalam hatiku “Janganlah make-up aku”..

Terdengar esakan kecil dari arah bilik. Aku pun bergegas ingin melihat.. “Ohoooo, make-up hancur berderai atas lantai” Tapi entah mana datang perasaan cool aku langsung aku tidak marah malah bertanya seeloknya pada adik “adik, adik buat eh?” sambil menghala mata pada serpihan bedak berterabur atas lantai..

Adik gelengkan kepalanya sambil bertanya ” umi tak marah adik ke?”. Aku terus peluk dia erat2 kerana esakan kecil dah makin kuat bunyinya. Agak reda tangisan adik, aku pun sambung buat kerja di dapur setelah membersihkan serpihan tadi. Membiarkan adik meredakan emosinya..

Setel urusan, aku bersantai2 dalam bilik, prepare nak tidur. Melayan juga perasaan sedih kehilangan mekap yang disayangi.. Namun untuk mendidik anak-anak berkata benar, mengakui kesilapannya walaupun pahit, kenalah buang perasaan sedih tu jauh-jauh. Pendidikan anak2 menjadi perkara penting dalam hidup berbanding yang lain.

Sedap layan monolog, adik datang memeluk aku.. “Umi, nanti dah besar, adik belanja umi mekap ok” Allah, tulusnya si anak ini. Aku: ” Adik buat eh?” Dia: “Adik tak buat, adik letak atas drawer tapi mekap umi jatuh sendiri”. Tergelak kecil aku πŸ˜‰ Dapatlah dibayangkan, selepas adik pakai mekap kat muka dia, kedudukan mekap tidak seimbang atas drawer membuatkan mekap itu jatuh. “Adik minta maaf umi.” sambil menangis.

“Umi maafkan adik sayang. Adik kena BE HONEST” dan adalah perkara yang dinasihatkan semuanya akan berkait dengan Allah.

Bye-bye mekap πŸ˜‰

__________________________

Adik adalah anak yang mahu kelihatan manis.. Bersih dan kemas penampilannya πŸ™‚

_______________________________

Antara kami- Umi dan walid, kami akan tegur on the spot jika kami termarah anak-anak yang berkata benar. kadang anje tegur aku yang memarahi anak-anak atas pengakuan mereka, begitu juga sebaliknya.

Payahnya mahu anak berkata benar..

Anakku sayang,
Kak long,
Adik,
Abang,
Baby..

Berkata Benarlah walaupun pahit!

image

Lenanya tidur mereka

Post Navigation