My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Archive for the category “Makan-makan”

Roti

1 tin kecil sardin

1 tbs mayonis

1 tbs prego

Ambil ikan sardin sahaja untuk dihancurkan bersama mayonis dan prego. Masakan sebentar atas api. Sejukkan pada suhu bilik.

Doh

250ml air ais

1 tbs susu pekat

400g tepung roti unbleach

100g tepung gandum

10g k fine cream

5g GR superbake

80g gula halus

30g susu tepung

2 tbs yis

1 ts garam

75g mentega/majerin

Masuk semua bahan ke dalam BM kecuali mentega. Pilih menu no8 (dough), adunan sebati baru masukkan mentega. Uli 2 kali menggunakan BM dengan mengabaikan masa perapan.

Setelah selesai ulian, doh dibahagi kepada 10g. Kemudian buat rouding bagi cantik. Perapkan doh 15 minit kemudian letak sardin. Biarkan doh naik 3x ganda lebih kurang 35-40 minit. Kemudian paipkan mayonis dan cili sos untuk hiasan.

Panaskan oven lebih awal 10 minit pada suhu 185’c. Bakar selama 15 minit dengan suhu 185’c.

Tadaaaa.. Roti sardin bentuk nombor 8. Hihi
Cubalaaa πŸ’œ

5 Serangkai ❀

Makanan petang membawa ke malam, jemput-jemput kosong cicah sos+kicap.

Suasana di luar agak sejuk kerana hujan lebat selebat alam.

Jadilaaa mujahid musleh mengalas perutnya.

Sayang kalian yang amatπŸ˜—πŸ˜™πŸ˜˜πŸ˜

Leisure Mall, Cheras

 

Alhamdulillah, my kak fina share the rezki with me. Thank you kak fina. May Allah ease your journey and give you barakah in your life. Sayang kak fina ketat-ketat.

Berbekalkan voucer RM200, kami menuju ke Leisure Mall. Perjalanan yang jauh menjadikan mujahid musleh rasa kepenatan menghitung sampainya ke destinasi.

Leisure Mall.. 

Apa yang kami buat ya? Membeli kasut Bata untuk kak long dan adik. Kasut kerjaku juga untuk tahun 2017. Selain itu, ke Popular membeli buku. Paling best ialah ke Secret Recipe untuk menghabiskan voucer yang ada. Habiskan sahaja kerana mahu datang lagi, tiada dalam agenda. Hihi.

Pada ku, ia tidaklah best dan kurang sesuai untuk famili kami. Mallnya yang jauh dari Shah Alam dan tiada apa tarikan untuk datang kembali.

Di Shah Alam sudah cukup untuk famili kami. Namun sekali sekala tukar angin pun, apa salahnya..

Pusing-pusing di Leisure Mall, banyak juga gambar dirakamkan kerana suasana Christmas mula menjadi hiasan.

Perayaan Krismas disambut oleh penganut Kristian. Agama ini adalah agama samawi iaitu agama yang diturunkan dari langit dan mempunyai Kitab Bible sebagai rujukan. Namun, penyelewengan tangan manusia pada kitab tersebut menjadikan kitab tersebut tidak berautoriti untuk dianuti.

Kedatangan Nabi Muhammad saw membawa ajaran Islam adalah pelengkap kepada ajaran-ajaran terdahulu. Baginda merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir membawa perintah dan kasih sayang Allah melalui Al-Quran Al-Karim serta sunnah baginda. Semoga kami beroleh syafaat baginda dan mati dalam khusnul khatimah. Jom berusaha jadi baik!

Let’s see the pictures..

Aigoo, kegemukan melandaku. Entah bila boleh slim. Azam 2017, diet untuk sihat. Aja-aja fighting! 

1 Vietnamese Beef Noodle

1 Tomyam Kung Soup

1 Macoroni&Cheese

1 Keropok (Free)

Buy 1 Free 1.. Sharing 1 family.

My Chubby DeqbangπŸ˜—

Banyaknyaaaa gambar. Untuk kenangan pada masa akan datang. hihi.

Rate parking 4 jam pertama RM2.50, seterusnya rm1.50/hour. Oklaa kan..

Jumpa lagi next post, InsyaAllah πŸ’•

Malam Minggu

Hari minggu kebiasaanya memang akan membawa anak2 jalan sekitar lembah klang. Keluar rumah sekitar jam 9 malam (selepas isya’), pergi makan dahulu di kedai2 yang masih lagi di dalam kemampuan kami, kemudiaanya akan membawa ank2 pusing menaiki kereta sehinggalh masing2 lena kesejukan dipalit aircond kereta. Menariknya pada saat anak-anak tidur ini telah memberi kami peluang untuk bersembang berdua. Semakin jauh perjalanannya, semakin banyak yang disembangkan sehingga perjalanan yang lama terasa sangat singkat.

image

image

image

image

image

Humble Kitchen, Pusat Bandar Damansara pada malam minggu lepas.

image

Malam minggu ini, destinasi pilihan adalah Restoran Circle Night, seksyen 11 Shah Alam.

Alamak..

20130308-010009.jpg

Memandangkan meatball Ikea sungguh menggelikan setelah tersiarnya berita di TV dan akhbar, makanya memanglah tidak akan ke sana lagi. Hakikatnya, kami telah mula perasan apabila secara tidak sengaja terpandang yang meatball Ikea ada ready made yang dijual di Ikea- kawasan bawah kat tempat snek&makanan yang dijual tiada logo halal yang berautoriti.. Kami mengambil langkah terus tidak makan di situ lagi. Pada hemat kami, meatball Ikea dibuat oleh pekerja muslim di dapurnya. Malangnya ia amat mendukacitakan kami 😦

Sungguh tekak loya!

Sesekali teringin untuk merasai keenakkan meatball, kami akan terjah ke Plaza Shah Alam. Owner dia adalah muslim – Pn. Nor dan pekerjanya juga adalah muslim πŸ™‚

20130308-010654.jpg

Hanya kiosk kecil yang santai

20130308-010738.jpg

Menu

20130308-010818.jpg

Boleh lihat sendiri cara penyediaan

20130308-010901.jpg

Yummies! untuk ummi&walid ada sos dan mayoniese

20130308-010956.jpg

Kak long dan adik hanya bubuh mayoniese

20130308-011039.jpg

kak long dan adik πŸ™‚

Ohoooo, di manakah soleh baby boy ummi?

20130308-011135.jpg

Itu dia… aduhai si abang sayang πŸ˜‰

Rasanya sedap cuma tiada jem beri aje.. Kami order dua pinggan ada 5 pieces setiap pinggan rm5 sepinggan. Murah kan? Bila senang, bolehlah datang lagi πŸ™‚

Raja Ayam Malaysia

Jalan-jalan cari makan telah membuatkan kami terliur untuk menikmati Kelantan Fried Chicken. Jadi, malam ini kami telah terjah ke restoran tersebut yang terletak di Serdang. Fuiyooo, ramainya orang, terasa bagai di kenduri kahwin. Kedainya kecil sahaja, jadi tidak mampu menampung kebanjiran orang penangan rancangan tv JJCM.

Memahami situasi, kami menunggu agak lama tapi ianya tidak mengecewakan. Pelayan dia berbudi bahasa. Pendek cerita, kedai ini dimiliki oleh Orang Kurang Upaya-memang tabik springlah, perlu dibanggakan dan diberikan hebahan ke serata pelosok. Ya, sangat bangga! πŸ™‚

Kami tidak sempat snap gambar, suasana tidak mengizinkan.. Kami order 2 ketul ayam goreng-peha, wedge/fries beserta dengan mayonise&black pepper sos (Rm5), Buger Ayam bernenas+fries/wedges+baked bean (Rm5)=agak mewah hidangan ini kerana ada sos 1000 island, mayonise, black pepper sos&sos cili. Atas meja memang sudah tersedia botol sos cili&tomato. Air pula, kami pilih ice blended blue ice&coco blended-kesukaan kak long dan adik πŸ™‚
Total rm17.

Sebelum balik, tauke kedai offer chicken chop+ayam goreng rm6. Ada lapan set yang belum habis. Jadi dia buat tawaran ke meja-meja yang inginkannya. Setelah berbincang dengan anje, kami pun beli satu set memandangkan daku memang terliur tengok chicken chop Kelantan tu cuma takut tak habis makan bila diorder. Alhamdulillah, dapat juga merasa chicken chop Kelantan yang ditapaw.

20130203-001435.jpg

Pamplet yang boleh didecide sebelum terjah restoran πŸ™‚

___________________________________

Nota: Ralat sebab tak dapat rasa kaki ayam,leher ayam&pedal ayam (rm1) kerana sudah habis. Kenalah datang awal, baru banyak makanan ada.. Kami dah mencuba, anda bila lagi? πŸ™‚

Twin

Dua hari berturut yang lepas, kami terkejut kerana dalam sesikat pisang yang dibeli, ada banana twin! Apalagi, mulalah berniat dan berdoa agar dikurniakan anak kembar sihat dan cukup sifat. Bukanlah kembar siam…

Hari Pertama 19/12/12

20121222-005956.jpg

20121222-010014.jpg

Ini pisang yang anje beli di kedai Acheh

Hari Kedua 20/12/12

20121222-010305.jpg

20121222-010357.jpg

20121222-010418.jpg

Pisang ini dibeli olehku kat pasar malam

Melihat banana twin, mengimbau kenangan lama semasa persekolahan.. Aku mendapati pisang yang aku ambil adalah twin banana. Maka menjamah kami kawan-kawan satu form yang duduk hostel.. hohohoho~ masing-masing berdoa agar memperolehi anak kembar πŸ™‚

Sweetnya memori tersebut! πŸ™‚

Dinner

Dinner malam ni makan dominos..
Sebab ada diskaun 50% all pizzas tanpa kecuali πŸ™‚
Syaratnya order online.. Maka, line memang busy teruk.
Alhamdulillah pakai unifi, kalau yang pakai biasa-biasa tu macam manalah tahap kesiputan internetnya.. Unifi pun dah jadi kura-kura πŸ˜‰

Kami order crust thin aloha chicken, new york crust ultimate hawaian dan crust cheese (sepatutnya sensation prawn) tapi walid dah terorder ultimated chicken. Makan jelah πŸ™‚

20121206-232038.jpg
resit order online-bayar kat Dominos Bukit Jelutong

20121206-232713.jpg
fresh from oven πŸ˜‰

20121206-232755.jpg

20121206-232810.jpg

20121206-232825.jpg
tiga jenis pizza tapi spesen je mukanya

20121206-232923.jpg
excited nak makan!

——> bonda belanja dua pizza, ummi belanja satu pizza..
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, kenyang πŸ™‚

——> adik dan abang syahid dengan lena πŸ˜‰

_______________________________
Nota: ummi dah dua hari cirit birit bagai air. Suka sebab boleh kurus πŸ˜‰ cuma penat berulang alik ke toilet. Sangsinya ummi, adakah ummi pregnant lagi dalam masa terdekat ini?

Restaurant, Restoran Top Seafood

Anje dah lama teringin nak makan siakap stim.. Bila anje teringin, aku lagilah bebanyak teringinnya πŸ˜‰ Survey punya survey melalui blog orang&bertanya pada kawan-kawan, akhirnya aku pilih Restoran Top Seafood kat pinggiran subang berdekatan dengan sekolah aku πŸ™‚
Ramai kawan-kawan sekolah mengatakan restoran ini sedap sampai ngencis dibuatnya πŸ˜‰

So, malam semalam setelah menghantar ameer ke stesen bas, membawa adik Aaminah&abang Afkaar berjalan, kami dating berdua menghangatkan malam yang disimbahi hujan lebat ke restoran tersebut.. Ya, dating berdua sahaja mengalahkan anak muda dilamun cinta! :p

Tentu sekali hidangan yang dipesan adalah siakap stim (halia-limau-asam boi)—-> kami pilih siakap stim limau, tomyam udang galah, kangkung goreng belacan. Minuman pula kopi panas&fresh oren. Cukuplah nasi hanya sepinggan sahaja memandangkan aku mahu meratah lauk, kalau makan nasi sudah semestinya kenyang yang amat..

Servis bagus, waiter pun baik… Walaupun menunggu agak lama memandangkan hujan di luar, kerusi meja tak boleh nak duduk, dalam restoran penuh orang! Kami berpuas hati dengan hidangan yang terhidang di depan mata.. Memang sedap&pada yang tak tahan pedas macam aku, alamat makan bersulam airlah.. Next time, minta kurang pedas&pasti akan datang lagi restoran ini πŸ™‚

Oh ya, aku pun memberi senyuman pada anak didikku di sekolah yang sedang makan bersama keluarganya. Memang kawasan sini adalah port kawasan anak didik&rakan sejawat, maklumlah, promosi dari mulut ke mulut membuatkan restoran di situ menjadi kebamboooom!

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah, tanpa disangka, ibu kepada anak didikku telah membayar hidangan yang kami nikmati semalam. Walaupun ibunya menegur aku&aku tersipu malu ” cikgu, izz cakap ni cikgu bahasa arab izz… Dulu anak saya selalu fail Bahasa Arab, tak suka bahasa arab, sekarang anak saya suka bahasa arab&markah dia pun dapat A ”
Sungguh terharu bila diberi penghargaan sebegitu oleh ibu pelajar.. Sungguhlah terasa hilang penat mengajar.. Sungguh indah ayat tersebut daripada bergelar guru cemerlang.. Hakikatnya guru cikai ini, sungguh rasa bahagia dengan ungkapan tersebut, sang ibu tadi menterjemahkan dalam bentuk belanja makan. Kalaulah waiter tidak memberitahu, si guru cikai ini tidak termangu&blushing mukanya apabila diberitakan si ibu tadi telah membayar harga hidangan tersebut..

Allah, rezeki Mu ada di mana-mana tanpa disangka-sangka..
Dan betullah doa dhuha itu πŸ™‚


__________________________

Sempat membawa mujahid musleh round Shah Alam usai dating menikmati hidangan enak di Top Seafood.. Biarlah mereka dalam kereta beraircond.. Esok pagi, kami bercadang membawa mereka ke Ikea πŸ˜€

Weekend yang ditunggu

Yeeehaaaa, weekend datang lagi. Sememangnya ramai yang menunggu hari bercuti dari kerja.. Begitu juga dengan aku πŸ™‚

Usai solat subuh, aku&anje memulakan proses mendobi baju di luar rumah memandangkan electroluxku masih mc lagi.. Plannya lepas setel mendobi, kejut mujahid musleh mandi kolam. Anje yang baik hati ajak bersarapan di Tesco. Aku pun ok aje..

Akhirnya, plan bersarapan di Tesco berubah kepada berkelah di luar rumah.. Dalam kepala dok timbang-timbang, berkelah kat luar rumah sambil menikmati sarapan pagi&mujahid musleh berenang, mesti best giler.. Aku pun tangkas menggoreng roti canai segera&crab stik. Roti canai dipotong untuk dicicah dengan susu pekat manis. Mujahid musleh pula diberi pilihan untuk makan roti canai atau bijirin+susu segar atau makan keduanya sekali pun boleh..

Sedapnya berkelah di luar rumah! Keseronokkan yang luarbiasa! πŸ™‚ walaupun save bajet, tapi itu bukanlah perkara penting dalam timbangan.. Tak terfikir pun pasal nak save bajet. Hanya fikir nak cari kelainan&memberi kegembiraan pada mujahid musleh.. Cuma hujan renyai-renyai turun, jadinya mujahid musleh hanya bersarapan sambil bertanya tentang hujan yang turun πŸ™‚

Setel sarapan, mujahid musleh dibiarkan main playdoh diluar rumah.. Aku&anje ketagih melayan filem youtube mr.vampire-filem cina πŸ˜‰ pagi-pagi dah layan filem cina..hihihi πŸ˜‰ best sebab anje sambung kat tv. Terima kasih anje πŸ™‚

Bila hujan, kami menghantar atin ke metro driving untuk belajar memandu.. Bilalah aku ni nak perabiskan ambil lesen memandu.. Bulan 12, matilah lesen L.. Jenuh juga nak kena masuk kelas dengar ceramah semula 😦 On the way balik rumah, singgah membeli buah potong untuk makan ketika layan filem nanti.

Lunch sekitar jam 4 petang-udang kunyit grill.. Bolehlah πŸ™‚

Jam 6 petang ambil mimi di Um.. Drive thru kat Mac D-beli ice cream untuk meriangkan lagi mujahid musleh..

Malam, layan mujahid musleh hinggalah derang tidur..

_____________________________________________________

catatan ummi: esok, walid sudah ajak ke Ikea untuk bersarapan sambil membawa mujahid musleh berjalan&bermain..
Terima kasih walid πŸ™‚

20121013-211639.jpg</a

situasi ini menarik perhatian ummi ketika ummi sedang sibuk menulis blog.. Walid menyuap abang makan sambil keduanya tengok tv πŸ˜€

Post Navigation